Wednesday , 23 August 2017
Home » Uncategorized » Resepi Rendang Ayam Istimewa Hari Raya

Resepi Rendang Ayam Istimewa Hari Raya

Pasti ramai yang akan masak resepi rendang ayam istimewa hari raya nanti. Bahan-bahan nak masak rendang dah beli ke belum? Kenalah cepat, kalau tak ada pula bahan yang tak cukup. Hari raya tinggal beberapa hari je kan.

Resepi Rendang Ayam Istimewa ini memang antara juadah wajib setiap kali menjelang hari raya. Dimakan dengan nasi impit, ketupat atau lemang memang sedap. Makan dengan nasi pun dah begitu berselera. Lagi sesuai kalau dimasak di malam raya, rasanya pasti lebih sedap bila dinikmati di pagi raya bersama keluarga dan sahabat handai yang berkunjung ke rumah.

Resepi Rendang Ayam Istimewa Hari Raya

Resepi Rendang Ayam Istimewa Hari Raya

Bahan-bahan
1 ekor ayam (dipotong)
2 cawan santan pekat
1/2 cawan kerisik
2 helai daun kunyit
2 keping asam gelugur
3 batang serai (diketuk)
Garam secukup rasa

Bahan-bahan kisar
10 biji bawang merah
6 ulas bawang putih
2 inci halia
2 inci lengkuas
2 inci kunyit hidup
10 tangkai cili kering
10 biji cili api
2 biji cili merah

Cara Memasak Rendang Ayam

1) Mula-mula panaskan minyak dan tumis serai yang telah diketuk sehingga naik bau. Selepas itu masukkan bahan-bahan yang telah dikisar.

2) Setelah naik bau dan pecah minyak, masukkan pula daun kunyit dan asam gelugur. Kalau tak ada daun kunyit, boleh gantikan dengan daun limau purut.

3) Masukkan ayam dan kacau sebati selepas itu masukkan santan.

4) Biarkan sehingga mendidih, kemudian tambahkan kerisik dan garam secukup rasa dan masak sehingga kuah pekat dan agak kering.

5) Siap dan sedia dihidangkan.

Selamat mencuba Resepi Rendang Ayam Istimewa Hari Raya

 

 

(Visited 108 times, 1 visits today)

Check Also

Resepi Pes Tomyam Homemade Yang Sangat Sedap

Resepi Pes Tomyam Homemade Yang Sangat Sedap

Jom masak tomyam guna Resepi Pes Tomyam Homemade Yang Sangat Sedap ini. Pes tomyam menjadi …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *