Tuesday , 28 March 2017
Home » Jom Masuk Dapur » Resepi » Resepi Pulut Mangga Yang Mudah Dan Sedap

Resepi Pulut Mangga Yang Mudah Dan Sedap

Resepi Pulut Mangga Yang Mudah Dan Sedap. Jika anda penggemar mangga seperti saya, pasti anda teringin menikmati pulut mangga yang sedap dan mudah disediakan.

Ramai juga yang kata, “susahlah nak buat pulut mangga…beli je lah.”┬áBoleh je kalau nak beli, tapi kemungkinan yang tinggi rasanya tidak sesedap pulut mangga homemade.

Resepi Pulut Mangga Yang Mudah Dan Sedap

Hanya ada dua rahsia untuk mendapatkan Pulut Mangga yang sedap. Yang pertama pilih buah mangga yang berkualiti, contohnya macam Harum Manis. Dan yang kedua anda perlu pastikan beras pulut dimasak dengan betul.

Macam mana nak masak mangga pulut yang sedap?

Resepi Pulut Mangga Yang Mudah Dan Sedap.

Hanya 4 jenis bahan yang diperlukan untuk menyediakan pulut mangga.

400g Beras Pulut
400ml Santan (gunakan santan asli ye, santan kotak rasanya kurang lemak)
100g gula melaka atau gula perang
2 biji mangga (yang telah masak/ranum)

Resepi pulut mangga yang istimewa ini sebenarnya dikongsikan sendiri oleh chef terkenal dari luar negara iaitu Jamie Oliver. Kalau anda minat rancangan masakan di kaca tv, mesti kenal siapa Jamie Oliver ni kan.

Cara Memasak Pulut Mangga Yang Mudah Dan Sedap

1) Mula-mula anda perlu rendamkan beras pulut untuk semalaman atau sekurang-kurangnya 5 jam. Selepas itu cuci beras pulut itu.
2) Tanak (masak) beras pulut di atas api yang kecil.
3) Sementara menunggu beras pulut masak, dalam periuk yang lain satukan santan dan gula. Kacau di atas api sehingga mendidih. Tambahkan sedikit garam sebagai penambah rasa. Sedikit sahaja ya.
4) Selepas itu, bahagikan campuran santan dan gula melaka tadi kepada dua bahagian.
5) Ambil pulut yang telah masak tadi dan tuangkan separuh daripada campuran santan dan gula melaka ke atasnya. Sejukkan kedua-duanya.
6) Cara menghidangkan pulut mangga : Ambil sedikit pulut yang telah sejuk dan tuangkan sedikit dari bahagian separuh campuran santan dan gula yang juga telah disejukkan tadi. Letakkan mangga yang telah disiap dipotong.

Makan pulut mangga yang sejuk memang sedap dan menyegarkan terutamanya ketika musim cuaca panas. Resepi Pulut Mangga Yang Mudah Dan Sedap ini memang sesuai dijadikan hidangan minum petang bersama keluarga.

(Visited 77 times, 1 visits today)

Check Also

Sinopsis Drama Cik Serba Tahu

Sinopsis Drama Cik Serba Tahu

Sinopsis Drama Cik Serba Tahu. Cik Serba Tahu adalah drama terbaru yang akan bersiaran di …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *