Friday , 21 July 2017
Home » Dapur » Resepi Puding Roti Kukus Yang Sedap

Resepi Puding Roti Kukus Yang Sedap

Resepi Puding Roti Kukus Yang Sedap. Untuk anda penggemar Puding Roti Kukus, dalam artikel kali ini kami akan kongsikan satu resepi yang mudah untuk diikuti dan hasilnya nanti memang sedap.

Adakalanya pasti ada lebihan roti di rumah. Asyik makan sapu mentenga atau jem pun muak juga kan. Apa kata lebihan roti itu anda variasikan dan jadikan ia satu hidangan istimewa untuk keluarga anda. Nak buat untuk makan sendiri atau kongsi dengan kawan-kawan pun boleh juga.

Resepi Puding Roti Kukus Yang Sedap

Di bawah ini kami di Notawanita kongsikan bahan-bahan yang diperlukan dan cara membuat puding roti.

RESEPI PUDING ROTI KUKUS YANG SEDAP

5 keping roti (dipotong kecil)
375ml susu cair
1/2 cawan gula kastor (boleh dikurangkan atau dilebihkan mengikut citarasa)
2 biji telur
1 sudu kecil esen vanilla
1 sudu besar mentega
Sedikit serbuk kayu manis (kalau tak suka, tak perlu letak)
Sedikit kismis

Cara Membuat Puding Roti Kukus Yang Sedap

1) Satukan telur, gula dan esen vanilla dalam bekas dan kacau rata.
2) Tambahkan susu cair dan kacau sehingga adunan sebati.
3) Gliskan loyang dengan mentega kemudian susunkan roti yang telah dipotong kecil.
4) Tuang adunan yang telah dikacau sebati tadi ke atas roti.
5) Akhir sekali taburkan kismis dan serbuk kayu manis di atasnya.
6) Kukus di atas api bersaiz sederhana selama kira-kira 25 minit.
7) Selepas siap, sejukkan terlebih dahulu sebelum dihidangkan.

Mudah kan nak membuat puding roti ini. Jangan lupa untuk mencuba Resepi Puding Roti Kukus Yang Sedap ini.

(Visited 35,631 times, 21 visits today)

Check Also

Resepi Kek Span Kegemaran Ramai

Resepi Kek Span Kegemaran Ramai

Kenapa Resepi Kek Span Kegemaran Ramai ini istimewa? Memang mudah untuk membuat kek span yang …

One comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *