Tuesday , 12 December 2017
Home » Dapur » Resepi Puding Laici Susu Yang Sedap

Resepi Puding Laici Susu Yang Sedap

Resepi Puding Laici Susu Yang Sedap. Puding antara menu yang sesuai untuk hidangan pencuci mulut. Untuk artikel kali ini, Notawanita nak kongsikan Resepi Puding Laici Susu Yang Sedap.

Resepi Puding Laici Susu ini bukan sahaja sedap tetapi sangat mudah untuk dibuat. Bahan-bahannya pun tidaklah rumit untuk diperolehi. Untuk anda yang tidak begitu menggemari buah laici, bolehlah tukarkan dengan buah-buahan jenis lain seperti buah rambutan ataupun ‘mix fruit’ yang boleh didapati dalam tin.

Resepi Puding Laici Susu Yang Sedap

Memandangkan bulan Ramadan pun akan berkunjung tiba beberapa hari sahaja lagi, bolehlah anda cuba buat resepi puding laici ini untuk hidangan berbuka puasa.

Resepi Puding Laici Susu Yang Sedap

Bahan-bahan

10 gram serbuk agar-agar (1 paket)
4 cawan air (2 cawan air suam + 2 cawan air laici)
1 cawan gula halus
1 tin susu cair
1 tin laici – asingkan airnya

Cara Membuat Puding Laici

1) Satukan serbuk agar-agar, gula halus dan air di dalam periuk. Kemudian didihkan di atas api.
2) Apabila dah mendidih, tutup api dan tuangkan susu cari ke dalam agar-agar.
3) Selepas itu masukkan potongan buah laici dan kacau rata.
4) Akhir sekali tuangkan ke dalam bekas atau acuan yang menarik dan sejukkan dalam peti sejuk sehingga keras.
5) Bila dah keras, bolehlah potong dan hidangkan. Kalau letak dalam bekas kecil, bolehlah hidangkan sebegitu tak perlu potong. Hidangkan dengan aiskrim pun sedap juga.

Mudah kan nak buat Resepi Puding Laici Susu Yang Sedap ni. Jangan lupa mencubanya nanti ye.

 

(Visited 32,911 times, 18 visits today)

Check Also

Sinopsis Drama Syurga Yang Kedua

Sinopsis Drama Syurga Yang Kedua

Sinopsis Drama Syurga Yang Kedua mengisahkan tentang konflik keluarga lakonan Fasha Sandha, Zarul Husin dan …