Home » Jom Masuk Dapur » Resepi Pengat Labu Manis Yang Sangat Sedap

Resepi Pengat Labu Manis Yang Sangat Sedap

Resepi Pengat Labu Manis Yang Sangat Sedap. Sesekali makan pengat labu manis memang sedap. Lebih-lebih lagi jika sedang bersantai bersama keluarga untuk waktu minum petang di hujung minggu.

Resepi Pengat Labu Manis Yang Sangat Sedap

Untuk artikel kali ini, kita belajar buat pengat labu yang bukan sahaja sangat sedap tetapi tersangatlah mudah untuk dibuat. Sesuai dimasak untuk yang kurang gemar menghabiskan masa berjam-jam di dapur.

Resepi Pengat Labu Manis Yang Sangat Sedap

Bahan-Bahan

Labu manis
1/2 cawan biji sagu/sagu mata ikan (basuh dan toskan)
1/2 ketul gula melaka (cincang)
1/2 cawan gula
2 cawan santan
1 cawan air
sehelai daun pandan
sedikit garam

Cara Membuat Pengat Labu Manis

1. Kupas kulit labu, bersihkan dan potong bentuk kiub bersaiz sederhana.
2. Masukkan air, daun pandan, gula, gula melaka dan sedikit garam ke dalam periuk dan didihkan.
3. Masukkan biji sagu dan kacau.
4. Bila biji sagu telah mulai jernih, masukkan santan dan labu.
5. Akhir sekali bila labu telah empuk, tutupkan api dan hidangkan.

Mudahkan nak masak pengat labu manis ni. Selain dihidangkan panas, pengat labu manis ni sesuai juga dihidangkan sejuk.

Selamat Mencuba.

 

 

(Visited 8,973 times, 1 visits today)

Check Also

7 Jenis Makanan Yang Membantu Mencegah Uban

7 Jenis Makanan Yang Membantu Mencegah Uban

7 Jenis Makanan Yang Membantu Mencegah Uban. Anda ada masalah rambut beruban biarpun umur masih …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *