Wednesday , 23 August 2017
Home » Jom Masuk Dapur » Resepi Pancake Mudah Tetapi Sedap

Resepi Pancake Mudah Tetapi Sedap

Resepi Pancake Mudah Tetapi Sedap. Pancake sesuai dihidangkan untuk sarapan pagi dan minuman petang. Bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat resepi ini sangatlah ringkas tetapi hasilnya memang sedap.

Resepi Pancake Mudah Tetapi Sedap

Pancake adalah menu yang sihat untuk disediakan sebagai bekal sarapan pagi anak-anak dan seisi keluarga. Anda boleh variasikan perasa pancake ini atau kalau nak lebih menyihatkan, boleh hidangkan dengan buah-buahan segar.

Resepi Pancake Mudah Tetapi Sedap

Bahan-bahan Untuk Membuat Pancake
Sebiji telur
1 sudu besar minyak atau mentega cair
1 cawan susu cair atau susu segar
1 sudu besar gula
Secubit garam
1 sudu besar serbuk penaik
1 sudu teh esen vanilla
1 1/2 cawan tepung gandum (diayak)

Cara Membuat Pancake Yang Sedap

1) Pukul telur sedikit dan tambahkan minyak, susu cair, gula, garam, serbuk penaik, esen vanilla dan tepung gandum.
2) Kacau adunan sehingga sebati dan tidak berketul.
3) Rehatkan adunan seketika kira-kira untuk 10 hingga 15 minit
4) Tuang adunan ke dalam non stick pan mengikut saiz yang diingini. Pastikan api tidak terlalu besar.
5) Terbalikkan pancake bila permukaan atas pancake ada gelembung-gelembung kecil.
6) Selepas dah kuning keemasan, bolehlah diangkat dan dihidangkan dengan coklat, aiskrim, jem, buah-buahan dan sebagainya.

Mudahkan nak buat pancake ini. Jadi jangan lupa mencubanya ye.

(Visited 14,114 times, 2 visits today)

Check Also

Resepi Pes Tomyam Homemade Yang Sangat Sedap

Resepi Pes Tomyam Homemade Yang Sangat Sedap

Jom masak tomyam guna Resepi Pes Tomyam Homemade Yang Sangat Sedap ini. Pes tomyam menjadi …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *