Thursday , 23 November 2017
Home » Jom Masuk Dapur » Resepi Nasi Lemak Tanpa Santan

Resepi Nasi Lemak Tanpa Santan

Resepi Nasi Lemak Tanpa Santan. Pernah tak cuba masak nasi lemak tanpa santan? Kami terjumpa satu resepi unik ini dari mingguan wanita online. Katanya ada seorang peniaga nasi lemak yang telah berkongsi rahsia membuat nasi lemak tanpa menggunakan santan.

Tentu ini berita baik untuk anda yang tidak suka santan tetapi teringin nak makan nasi lemak. Nak cari pendapatan sampingan pun boleh cuba meniaga guna resepi ni.

Resepi Nasi Lemak Tanpa Santan

RESEPI NASI LEMAK TANPA SANTAN

Penyediaan Nasi:
Mula-mula sekali basuh beras dan tanak seperti biasa. Selepas itu masukkan daun pandan dan sedikit garam.
Dalam kuali yang berbeza, tumis bawang kecil, halia, kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga dan bunga cengkih. Setelah itu masukan ke dalam nasi. Bila nasi dah kering baru kacau sekata.

Penyediaan Sambal:
1) Tumis bawang besar yang telah dikisar sehingga naik bau.
2) Masukkan cili kering yang telah dikasar atau guna cili boh. Tumis sehingga pecah minyak.
3) Masukkan air, asam keping, gula dan garam.
4) Masak sehingga kering.

Dah siap, bolehlah lengkapkan Resepi Nasi Lemak Tanpa Santan ini dengan ikan bilis, telur rebus atau telur dadar, timun, kacang dan sebagainya.

Kalau nak tahu kisah selanjutnya tentang peniaga nasi lemak yang baik hati sudi kongsi rahsia nasi lemak ini boleh layari mingguan wanita. 

Jangan lupa juga layari Dapur Notawanita untuk banyak lagi koleksi resepi yang menarik.

Selamat mencuba.

(Visited 1,202 times, 1 visits today)

Check Also

Sinopsis Drama Dekatkan Jarak Kita

Sinopsis Drama Dekatkan Jarak Kita

Sinopsis Drama Dekatkan Jarak Kita mengisahkan tentang Allysa lakonan Ayda Jebat telah mula disiarkan di …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *