Friday , 20 October 2017
Home » Jom Masuk Dapur » Resepi » Resepi Nasi Goreng Kampung Istimewa

Resepi Nasi Goreng Kampung Istimewa

Anda sedang mencari Resepi Nasi Goreng Kampung Istimewa. Apa kata anda cuba resepi mudah yang Notawanita kongsikan ini. Menggunakan bahan-bahan yang mudah didapati, nasi goreng kampung ini bukan sahaja mudah disediakan tetapi enak dan boleh dihidangan untuk seisi keluarga.

Resepi Nasi Goreng Kampung Istimewa

Bahan-bahan
Nasi putih
5 bawang merah (dikisar)
3 ulas bawang putih (dikisar)
15 ikan bilis (dikisar)
7 cili padi (dihiris)
3 cili merah (dihiris)
1 ikat kangkung (asingkan daun dan batang)
1 sudu kecil garam

Resepi Nasi Goreng Kampung Istimewa

Cara Membuatnya:
1) Mula-mula tumis bahan-bahan yang telah dikisar. Selepas itu masukkan cili padi. Bilangan cili padi bergantung kepada tahap kepedasan yang diingini. Kalau sukakan pedas, tambah cili padi lagi.
2) Masukkan batang kangkung dan goreng sehingga sedikit layu.
3) Kemudian masukkan nasi dan kacau rata. Tambahkan garam.
4) Akhir sekali masukkan cili merah dan daun kangkung. Goreng sehingga daun kangkung masak.

Dah siap masak. Untuk mendapat nasi goreng kampung yang istimewa, jangan lupa taburkan ikan bilis goreng dan telur dadar di atasnya. Nak lagi sedap, cuba taburkan dengan serunding ayam, daging atau ikan.

Selamat mencuba.

Jika anda ingin mencuba resepi-resepi yang mudah dan sedap, jangan lupa layari Dapur Notawanita. Banyak lagi resepi yang menyelerakan di sana.

(Visited 88 times, 1 visits today)

Check Also

Petua Elak Minyak Memercik Sewaktu Menggoreng

Petua Elak Minyak Memercik Sewaktu Menggoreng

PETUA ELAK MINYAK MEMERCIK SEWAKTU MENGGORENG. Bukan mudah untuk menggoreng makanan yang basah tanpa elak …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *