Tuesday , 12 December 2017
Home » Jom Masuk Dapur » Resepi Nasi Goreng Cina Yang Sangat Sedap Dan Mudah

Resepi Nasi Goreng Cina Yang Sangat Sedap Dan Mudah

Resepi Nasi Goreng Cina Yang Sangat Sedap Dan Mudah. Nasi goreng antara menu atau hidangan yang paling popular dan cepat disediakan. Nak menghasilkan resepi nasi goreng cina yang sangat sedap memang mudah. Bahan-bahan yang digunakan pun senang didapati.

Selain Nasi Goreng Cina, ada beberapa hidangan nasi goreng lain yang tidak kurang sedapnya, antaranya nasi goreng kampung, nasi goreng padprik, nasi goreng tomyam dan sebagainya. Tapi untuk artikel kali ini Notawanita nak kongsikan cara masak nasi goreng cina yang sangat yummy.

Resepi Nasi Goreng Cina Yang Sangat Sedap Dan Mudah

Resepi Nasi Goreng Cina Yang Sangat Sedap Dan Mudah

Bahan-bahan:

  • 1 mangkuk nasi putih
  • 4 ulas bawang putih dicincang
  • 4 ulas bawang merah dihiris
  • 1 sudu kecil serbuk lada sulah
  • 2 biji telur
  • isi ayam dan udang secukupnya
  • lobak merah, cili padi, sayur kubis dan daun bawang di hiris (boleh juga ditambah kacang pis dan jagung)
  • minyak bijan
  • minyak masak

Cara Masak Nasi Goreng Cina Yang Sangat Sedap

  1. Panaskan minyak masak dan minyak bijan.
  2. Tumis bawang putih dan bawang merah,
  3. Kemudian masukkan ayam dan lobak merah.
  4. Masukkan sedikit air, udang, cili padi dan lada sulah.
  5. Pukul telur dan tuang. Kacau sehingga telur masak.
  6. Tambahkan sedikit garam sebagai perasa.
  7. Masukkan nasi dan kacau sehingga sebati.
  8. Akhir sekali tambahkan sayur-sayuran.

Resepi Nasi Goreng Cina Yang Sangat Sedap Dan Mudah dah sedia untuk dihidangkan. Selamat mencuba.

Jangan lupa layari DAPUR NOTAWANITA untuk banyak lagi pilihan resepi yang menarik. Semuanya sedap-sedap tau.

(Visited 9,232 times, 84 visits today)

Check Also

Sinopsis Drama Syurga Yang Kedua

Sinopsis Drama Syurga Yang Kedua

Sinopsis Drama Syurga Yang Kedua mengisahkan tentang konflik keluarga lakonan Fasha Sandha, Zarul Husin dan …