Thursday , 23 November 2017
Home » Jom Masuk Dapur » Resepi Masak Lemak Cili Api Cendawan

Resepi Masak Lemak Cili Api Cendawan

Masak lemak cili api memang cukup sinonim dengan Negeri Sembilan. Resepi Masak Lemak Cili Api Cendawan ini NW kongsikan khas untuk anda penggemar masakan yang pedas dan berlemak.

Istimewanya resepi masak lemak cili api kali ini adalah gabungan cendawan dan udang. Jika anda tak suka udang boleh gantikan dengan sotong atau makanan laut yang lain, ikan pun boleh. Jom kita lihat senarai bahan-bahan yang diperlukan dahulu sebelum kita masuk dapur.

Resepi Masak Lemak Cili Api Cendawan

RESEPI MASAK LEMAK CILI API CENDAWAN

Bahan- Bahan:

10 biji cili padi
3 biji bawang merah
2 inci kunyit hidup
2 batang serai (diketuk)
Cendawan tiram (dibersih dan dikoyakkan)
Udang (dibuang kulit)
Lobak merah
Cili merah
Jagung muda
2 cawan santan
Garam

Cara Menyediakan Masak Lemak Cili Api

1) Kisar cili padi, bawang merah dan kunyit hidup.
2) Masukkan bahan-bahan yang telah dikisar ke dalam periuk bersama serai yang telah diketuk.
3) Selepas itu masukkan udang, lobak merah dan jagung muda.
4) Masakkan sehingga mendidih dan setelah itu masukkan santan.
5) Akhir sekali masukkan cendawan dan kacau supaya santan tidak bergumpal.
6) Tunggu sehingga kuah mendidih sebelum ditutup apinya.

Dah siap dan boleh dihidangkan. Mudah je kan nak sediakan masak lemak cili api. Biarpun menu ini agak berlemak tetapi tiada minyak digunakan. Jadi kepada yang tak suka makanan yang berminyak, bolehlah cuba Resepi Masak Lemak Cili Api Cendawan yang sedap ni.

Untuk banyak lagi koleksi resepi yang tidak kurang sedapnya, bolehlah ke dapur Notawanita di Jom Masuk Dapur

 

(Visited 160 times, 1 visits today)

Check Also

Sinopsis Drama Dekatkan Jarak Kita

Sinopsis Drama Dekatkan Jarak Kita

Sinopsis Drama Dekatkan Jarak Kita mengisahkan tentang Allysa lakonan Ayda Jebat telah mula disiarkan di …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *