Home » Jom Masuk Dapur » Resepi » Resepi Maggi Goreng Mudah Dan Sedap

Resepi Maggi Goreng Mudah Dan Sedap

Resepi Maggi Goreng Mudah Dan Sedap. Suka tak makan Maggi goreng mamak? Semalam sis teringin nak makan mi goreng. Tapi mi kuning pula tak ada. Nasib baik ada beberapa bungkus Maggi, boleh jadi pengganti mi kuning.

Maggi goreng yang sis buat semalam simple je. Bak kata orang ‘Less is More‘. Campak je semua bahan yang ada. Yang penting sedap dan cepat masak. Tapi kan sis tak pernah lagi makan Maggi Goreng Mamak… jadi tak dapat la nak bandingkan Maggi goreng versi sis dengan versi mamak tu. Memang jauh beza kot. Tapi selalunya yang homecooked tu lebih sedap kan. Di bawah ni sis kongsikan Resepi Maggi Goreng yang mudah dan sedap untuk anda cuba sendiri.

Resepi Maggi Goreng Mudah Dan Sedap

Resep Maggi Goreng

Bahan-bahan
3 bungkus Maggi Goreng
Sepaket bebola ikan (fishball)
3 ulas bawang putih (dicincang)
Sawi
Cili merah
Cili padi
Kicap pekat
Maggi Cukup Rasa
Bawang goreng

Cara Masak Maggi Goreng Mudah Dan Sedap

1) Mula-mula panaskan air dalam periuk dan rebuskan mi Maggi. Bila dah lembut sikit, boleh angkat dan toskan. Jangan terlebih masak, nanti mi jadi lembik pula selepas digoreng.
2) Tumis bawang putih yang telah dicincang.
3) Selepas tu masukkan cili merah dan cili padi yang telah dihiris. Kalau tak nak letak cili hiris, boleh letak cili boh.
4) Masukkan sawi dan bebola ikan yang telah dipotong. Masak seketika. Tambah sedikit air jika perlu.
5) Seterusnya masukkan maggi yang telah ditoskan tadi.
6) Tambahkan kicap pekat. Kalau nak letak perencah Maggi kari tadi pun boleh. Tapi semalam sis tak letak.
7) Masak sehingga semua bahan dah sebati.
8) Tambahkan serbuk Maggi Cukup Rasa untuk menyedapkan masakan anda.

Selepas siap masak, eloklah dihidangkan semasa Maggi goreng masih panas. Jangan lupa taburkan bawang goreng.

Mudah je kan nak sediakan Maggi Goreng. Semalam sis guna Maggi Big, dapat lebih mi. Selamat mencuba Resepi Maggi Goreng Yang Mudah Dan Sedap ni. Kalau ada soalan nak ditanya boleh tinggalkan kat ruangan komen.

(Visited 43 times, 1 visits today)

Check Also

Sinopsis Drama Cik Reen Dan Encik Ngok Ngek Di Astro

Sinopsis Drama Cik Reen Dan Encik Ngok Ngek

Sinopsis Drama Cik Reen Dan Encik Ngok Ngek.┬áDrama berjudul Cik Reen Dan Encik Ngok Nek …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *