Wednesday , 23 August 2017
Home » Dapur » Resepi Kuih Tat Nenas Raya

Resepi Kuih Tat Nenas Raya

Resepi Kuih Tat Nenas Raya. Sebelum ini NW dah kongsikan cara nak buat jem nenas kuih tat yang sedap. Kuih Tat Nenas memang antara kuih paling popular di musim perayaan. Tak kira la tat gulung atau tat bunga, kalau betul resipinya, dua-dua pun sedap dimakan.

Resipi kuih tat nenas yang NW nak kongsikan ini istimewa sedikit kerana ia tidak menggunakan mentega, sebaliknya digantikan dengan marjerin.

Resepi Kuih Tat Nenas Raya

Bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat Resipi Kuih Tat Nenas Raya adalah:

200g Marjerin
400g Tepung Gandum
Sebiji Kuning Telur
Setengah sudu teh Esen Vanilla
Setengah sudu teh Pewarna Kuning

Itu dia, cuma lima bahan sahaja yang diperlukan untuk membuat tat nenas raya yang istimewa. Kesemuanya bahan asas, jadi tak perlu risau kalau ada bahan yang tidak dapat dicari kerana kesemua 5 bahan ini boleh di beli di kedai runcit atau pasaraya.

Cara membuat Kuih Tat Nenas Yang Sedap

1) Satukan kesemua bahan dalam satu bekas. Kemudian uli sehingga doh tidak melekat pada jari. Jika anda dapati doh terlebih lembut, boleh disimpan seketika didalam peti sejuk sebelum anda membentuknya.
2) Bentukkan doh menjadi bentuk bunga. Nak buat bentuk tat gulung pun boleh.
3) Isikan dengan jem nenas. Nak belajar cara buat jem nenas yang sedap, boleh cuba Resipi Jem Nenas yang NW pernah kongsikan tidak lama dulu.
4) Bakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan lebih awal pada suhu 175 darjah celsius untuk kira-kira 2o minit.

Mungkin ada yang tertanya-tanya kenapa resipi tat nenas yang NW kongsikan ini ada menambah pewarna kuning. Sebenarnya ini hanya untuk membuatkan pasteri atau doh kuih tat nampak lebih menarik dengan warna kuning-kekuningan. Kalau anda tak nak tambah pewarna pun boleh. Tidak akan memberi kesan kepada doh.

 

(Visited 34,376 times, 1 visits today)

Check Also

Resepi Pes Tomyam Homemade Yang Sangat Sedap

Resepi Pes Tomyam Homemade Yang Sangat Sedap

Jom masak tomyam guna Resepi Pes Tomyam Homemade Yang Sangat Sedap ini. Pes tomyam menjadi …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *