Thursday , 23 November 2017
Home » Jom Masuk Dapur » Resepi Kuih Siput Rangup Yang Sedap

Resepi Kuih Siput Rangup Yang Sedap

RESEPI KUIH SIPUT RANGUP YANG SEDAP. Kuih siput merupakan antara kudapan yang digemari ramai. Resepi kuih siput yang rangup bukan hanya popular ketika musim perayaan tetapi hampir setiap hari ada sahaja yang bertanya bahan-bahan apa yang diperlukan untuk membuat kuih siput.

Kuih Siput adalah sejenis kuih atau kudapan tradisional. Kiranya ni jenis kuih sepanjang zaman yang popular sejak dulu lagi. Artikel kali ni Notawanita nak kongsikan dengan anda bahan-bahan untuk buat kuih siput lengkap dengan langkah-langkah untuk membuat kudapan ini.

Resepi Kuih Siput Rangup Yang Sedap

Resepi Kuih Siput Rangup Yang Sedap

Bahan-Bahan:

500 gram tepung gandum
150 gram majerin/mentega
2 sudu besar udang kering
2 ulas bawang putih, hiris nipis
1 sudu besar rempah kari
1 sudu besar serbuk cili
1 1/2 sudu besar serbuk jintan manis
1 1/2 sudu besar serbuk juntan putih
1 biji telur
5 tangkai daun kari
1 sudu kecil garam
150 ml air

Cara Membuat Kuih Siput

1) Mula-mula tuang sedikit minyak dalam kuali dan goreng bawang putih. Selepas itu masukkan udang kering. Goreng sehingga agak garing. Toskan minyak dan sejukkan seketika sebelum ditumbuk halus kedua-duanya dan ketepikan.

2) Sambil itu anda boleh cairkan mentega dan ketepikan. Biarkan ia sejuk seketika.

3) Dalam satu bekas yang lain gaulkan tepung gandumĀ  bersama serbuk rempah kari, serbuk cili, serbuk jintan manis, serbuk jintan putih dan bahan yang telah ditumbuk halus tadi.

4) Selepas itu tuang mentega cair yang telah disejukkan sedikit demi sedikit ke atas campuran tepung gandum. Gaulkan dengan tangan sehingga menjadi seperti serbuk roti.

5) Untuk mendapatkan kuih siput yang rangup anda perlu ketepikan adunan seketika dan biarkan mentega menyerap ke dalam tepung.

6) Kemudian tuang air dan telur (dipukul sedikit terlebih dahulu) berselang seli ke dalam adunan tepung. Gaul sebati sehingga menjadi doh yang lembut. Sekiranya doh masih keras, anda boleh tambahkan sedikit lagi air.

7) Setelah itu rehatkan doh seketika.

8) Gentelkan sedikit tepung dan tekan di atas acuan kuih siput. Letakkan kuih yang dibentuk ke dalam dulang yang telah ditabur dengan sedikit tepung agar tidak melekat.

9) Akhir sekali goreng kuih siput bersama daun kari sehingga kekuningan. Setelah itu angkat dan toskan. Biarkan kuih siput sejuk seketika sebelum disimpan dalam bekas kedap udara.

Notawanita: Terdapat banyak lagi koleksi resepi yang menarik di Jom Masuk Dapur untuk anda cuba. Tetapi sebelum itu cuba duluĀ Resepi Kuih Siput Rangup Yang Sedap ini.

(Visited 58 times, 1 visits today)

Check Also

Sinopsis Drama Dekatkan Jarak Kita

Sinopsis Drama Dekatkan Jarak Kita

Sinopsis Drama Dekatkan Jarak Kita mengisahkan tentang Allysa lakonan Ayda Jebat telah mula disiarkan di …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *