Tuesday , 12 December 2017
Home » Jom Masuk Dapur » Resepi » Resepi Kepak Ayam Madu Istimewa

Resepi Kepak Ayam Madu Istimewa

Jom cuba Resepi Kepak Ayam Madu Istimewa ini untuk berbuka puasa nanti. Memang sedap tau. Tak perlu nak beratur panjang lagi kat bazar Ramadan. Kepak ayam madu ni memang sesuai dijadikan menu pembuka selera. Boleh makan begitu sahaja atau pun cicah dengan sos cili atau sambal. Tambah sedikit ulam-ulaman, semangkuk sup dan makan dengan nasi panas.

Resepi Kepak Ayam Madu Istimewa

Bahan-bahan
10 kepak ayam
3 ulas bawang putih (dikisar)
1 inci halia (dikisar)
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap manis
2 sudu besar madu
minyak

(nota tambahan:) Anda boleh tambah sukatan bawang putih dan halia mengikut citarasa anda.

Resepi Kepak Ayam Madu Istimewa

Cara Menyediakan Kepak Ayam Madu
1) Mula-mula sekali panaskan minyak dan tumiskan bawang putih dan halia.
2) Masukkan kepada ayam dan masak lebih kurang 5 ke 6 minit.
3) Masukkan sos tiram dan kicap. Kacau sebati.
4) Masukkan madu dan masak sehingga pekat.

Siap dan sedia untuk dihidangkan.

Kepak Ayam Madu Istimewa ini bukan yang jenis ranggup ye, jadi tak perlu nak goreng dalam minyak yang banyak. Cukup sekadar untuk menumis, kira-kira dua ke tiga sudu besar minyak masak.

Untuk lebih banyak koleksi resepi menari untuk berbuka puasa nanti, layari ⇒ Dapur Notawanita atau taip sahaja Resepi di ruangan kotak search laman web ini.

Selamat mencuba

(Visited 870 times, 7 visits today)

Check Also

Sinopsis Drama Syurga Yang Kedua

Sinopsis Drama Syurga Yang Kedua

Sinopsis Drama Syurga Yang Kedua mengisahkan tentang konflik keluarga lakonan Fasha Sandha, Zarul Husin dan …