Friday , 21 July 2017
Home » Jom Masuk Dapur » Resepi Kentang Wedges Yang Rangup Dan Sedap

Resepi Kentang Wedges Yang Rangup Dan Sedap

Resepi Kentang Wedges Yang Rangup Dan Sedap. Potato Wedges atau Kentang Wedges memang sedap dimakan sebagai snek ataupun dihidangkan bersama salad, burger atau ayam goreng.

Kebiasaannya Kentang Wedges ini dibeli sahaja dari restoran makanan segera ataupun beli yang potato wedges frozen kemudian goreng di rumah. Mudahkan.

Resepi Kentang Wedges Yang Rangup Dan Sedap

Tapi untuk kali ini, Notawanita nak kongsikan satu resepi yang cukup mudah untuk menyediakan kentang wedges homemade. Apa yang bestnya kentang wedges homemade ini adalah bukan sahaja ia agak rangup bila digoreng tetapi rasanya juga sangat sedap.

Resepi Kentang Wedges Yang Rangup Dan Sedap

Bahan-Bahan
500 gram kentang
1 cawan tepung gandum
1 sudu teh serbuk lada sulah
1 sudu teh garam
Air untuk merebus
Minyak masak

Cara Membuat Kentang Wedges
1) Kupas kulit kentang dan potong kepada bentuk wedges. Didihkan air dan tambahkan sedikit garam ke dalamnya. Kemudian rebuskan kentang sehingga separuh lembut dan toskan.
2) Satukan tepung dan lada sulah ke dalam mangkuk. Kalau tak nak gunakan tepung gandum, anda boleh variasikan dengan tepung KFC yang dalam kotak untuk rasa yang berbeza.
3) Tambahkan sedikit air dan kacau sebati. Pastikan adunan tidak terlalu pekat ataupun terlalu cair.
4) Masukan kentang yang telah ditoskan airnya tadi dan kacau rata.
5) Goreng Kentang Wedges dalam minyak yang panas sehingga keperangan.

Siap dan sedia untuk dihidangkan bersama sos pilihan anda.

Jangan lupa mencuba Resepi Kentang Wedges ini untuk dihidangkan pada keluarga anda nanti. Anda juga boleh layari DAPUR NOTAWANITA untuk banyak lagi pilihan resepi yang lain. Semuanya sedap-sedap tau.

(Visited 4,129 times, 4 visits today)

Check Also

Kenali Personaliti Wanita Berdasarkan Warna Gincu

Kenali Personaliti Wanita Berdasarkan Warna Gincu

Jom Kenali Personaliti Wanita Berdasarkan Warna Gincu. Apakah warna gincu kegemaran anda? Ada kajian yang …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *