Thursday , 23 November 2017
Home » Jom Masuk Dapur » Resepi » Resepi Kek Lobak Merah Yang Sedap

Resepi Kek Lobak Merah Yang Sedap

Resepi Kek Lobak Merah Yang Sedap. Kek Lobak Merah digemari ramai kerana khasiat lobak merah itu sendiri. Malah rasa sedap daripada campuran bahan-bahan yang terdapat dalam resepinya.

Dalam artikel ini, Notawanita kongsikan dengan anda satu Resepi Kek Lobak Merah Yang Sedap menggunakan bahan-bahan yang mudah didapati di kedai runcit dan di pasaraya.

Resepi Kek Lobak Merah Yang Sedap

Bahan-bahan untuk Kek Lobak Merah
1 ¼ cawan minyak jagung
4 biji telur
120g gula kastor
120g gula perang
100g kacang walnut (dicincang)
1 ½ cawan lobak merah (disagat)
250g tepung gandum
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh serbuk penaik
¼ sudu teh serbuk kayu manis
¼ sudu teh garam halus

Cara Membuat Kek Lobak Merah Yang Sedap

1) Satukan bahan-bahan kering (tepung, serbuk penaik, soda bikarbonat, serbuk kayu manis dan garam). Kemudian ayak dalam sebuah bekas dan kacau sebati.

2) Dalam bekas yang berbeza, pukul telur sehingga kembang kemudian masukkan minyak jagung, gula kastor dan gula perang dan pukul pada kelajuan sederhana.

3) Masukkan lobak merah dan kacang walnut dan kacau sebati. Selepas itu masukkan campuran bahan kering sedikit demi sedikit ke dalam adunan dan kacau sehingga sebati.

4) Tuang adunan dalam dulang kek yang telah disapu mentega dan dialas dengan kertas minyak.

5) Bakar pada suhu 160°C selama 1 jam atau sehingga kek lobak merah masak dengan sempurna.

Mudah je kan nak ikut langkah-langkah untuk Resepi Kek Lobak Merah Yang Sedap ini. Jangan lupa mencubanya nanti ye.

Untuk mencuba lebih banyak lagi resepi-resepi yang sedap, jangan lupa layari DAPUR NOTAWANITA

(Visited 477 times, 1 visits today)

Check Also

Sinopsis Drama Dekatkan Jarak Kita

Sinopsis Drama Dekatkan Jarak Kita

Sinopsis Drama Dekatkan Jarak Kita mengisahkan tentang Allysa lakonan Ayda Jebat telah mula disiarkan di …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *