Friday , 20 October 2017
Home » Jom Masuk Dapur » Resepi Kek Gula Hangus Pilihan

Resepi Kek Gula Hangus Pilihan

Resepi Kek Gula Hangus Pilihan. Kek Gula Hangus ataupun Sarang Semut, tidak kira apa pun namanya ia tetap menjadi pilihan ramai kerana rasanya yang agak berbeza dari kek yang biasa.

Ramai yang menyangkakan Kek Gula Hangus sukar untuk dibuat tetapi jika ada bahan-bahannya, Kek Gula Hangus ini sebenarnya adalah antara kek yang paling mudah dibuat.

Resepi Kek Gula Hangus Pilihan

Jom belajar buat Kek Gula Hangus yang menjadi pilihan ramai ini.

Resepi Kek Gula Hangus Pilihan

Bahan-bahan
1 cawan gula
1 cawan air panas
1 cawan susu pekat
1 cawan tepung gandum
2 camca teh soda bikarbonat
4 biji telur
2 camca besar mentega
1 sudu esen vanilla

Cara Buat Kek Gula Hangus atau Sarang Semut

1) Pertama sekali anda perlu masak gula di atas api bersaiz sederhana sehingga gula menjadi hangus atau kekuningan.

2) Masukkan air panas dan kacau sehingga gula cair. Ketika ini anda perlu berhati-hati kerana gula akan meletup-letup. Seeloknya tutup periuk seketika.

3) Masukkan mentega ke dalam gula tadi dan biarkan sejuk.

4) Pukul telur hingga kembang dan masukkan susu pekat. Kacau sebati. Kemudian tambahkan tepung gandum dan soda bikarbonat (diayak terlebih dahulu) sedikit demi sedikit.

5) Selepas itu masukkan gula hangus dan esen vanilla. Pastikan anda kacau rata.

6) Tuang adunan ke dalam bekas berpenutup kedap udara dan perap selama tiga ke empat jam.

7) Akhir sekali bakar Kek Gula Hangus selama 50 minit ke sejam dalam suhu 170 darjah celsius.

Selamat Mencuba.

(Visited 1,519 times, 1 visits today)

Check Also

Petua Elak Minyak Memercik Sewaktu Menggoreng

Petua Elak Minyak Memercik Sewaktu Menggoreng

PETUA ELAK MINYAK MEMERCIK SEWAKTU MENGGORENG. Bukan mudah untuk menggoreng makanan yang basah tanpa elak …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *