Thursday , 23 November 2017
Home » Jom Masuk Dapur » Resepi » Resepi Kek Batik Yang Mudah Dan Sedap

Resepi Kek Batik Yang Mudah Dan Sedap

Jom cuba Resepi Kek Batik Yang Mudah Dan Sedap ini. Untuk anda yang teringin nak buat kek tetapi tiada ketuhar di rumah, boleh cuba buat kek batik. Ia bukan sahaja mudah dibuat tetapi rasanya juga sangat sedap.

Untuk membuat kek batik, anda perlu menggunakan biskut Marie. Ada juga segelintir yang tak suka rasa biskut Marie tapi setelah dibuat kek batik, rasanya memang sangat yummy. Kek batik memang sesuai dibuat sebagai hidangan minum petang. Boleh juga dihidangkan kepada tetamu ketika musim perayaan.

Resepi Kek Batik Yang Mudah Dan Sedap

RESEPI KEK BATIK YANG MUDAH DAN SEDAP

Bahan-bahan:

1 paket biskut marie
125 gram mentega
150 gram coklat masakan
3 biji telur
½ cawan kecil susu segar
3 sudu susu pekat
80 gram milo

Untuk Hiasan:
coklat masakan
susu pekat
mentega

Cara Membuat Kek Batik Yang Sedap

1) Mula-mula sekali pukul telur sehingga kembang dan ketepikan seketika.
2) Panaskan susu segar di dalam periuk dengan api bersaiz kecil. Tidak perlu tunggu sehingga susu mendidih
3) Setelah itu masukkan susu pekat, milo, dan coklat masakan. Kacau hingga sebati.
4) Kemudian masukkan mentega dan telur. Biarkan mendidih dan kacau sehingga adunan menjadi pekat dan berkilat.
5) Masukkan biskut marie dan gaul adunan hingga rata. Biarkan seketika sehingga biskut agak lembut.
6) Apabila biskut Marie telah sedikit lembut, masukkan ke dalam loyang dan tekan sehingga mampat.
7) Simpan adunan dalam peti sejuk sebelum dihidangkan.

Cara Menghias Kek Batik

1) Mula-mula panaskan coklat masakan menggunakan kaedah double boiler
2) Kemudian masukkan susu pekat dan mentega.
3) Kacau adunan sehingga sebati.
4) Keluarkan kek batik yang telah disejukkan tadi dan tuang adunan coklat masakan di atas kek batik. Simpan seketika dalam peti sejuk agar coklat menjadi keras dan mudah dipotong sebelum dihidangkan.

Jangan lupa mencuba Resepi Kek Batik Yang Mudah Dan Sedap yang Notawanita kongsikan ini. Untuk banyak lagi koleksi resepi yang sedap dan mudah untuk disediakan, jangan lupa terjah ke dapur kami di Jom Masuk Dapur.

Selamat mencuba dan selamat menikmati hidangan yang lazat bersama keluarga.

(Visited 175 times, 1 visits today)

Check Also

Sinopsis Drama Dekatkan Jarak Kita

Sinopsis Drama Dekatkan Jarak Kita

Sinopsis Drama Dekatkan Jarak Kita mengisahkan tentang Allysa lakonan Ayda Jebat telah mula disiarkan di …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *