Saturday , 20 January 2018
Home » Jom Masuk Dapur » Resepi Kek Aiskrim Yang Mudah Dan Sedap

Resepi Kek Aiskrim Yang Mudah Dan Sedap

Resepi Kek Aiskrim Yang Mudah Dan Sedap ini pasti menjadi kegemaran ramai. Kek Aiskrim yang dijual di kedai agak mahal dan adakalanya tidak menepati citarasa. Kalau buat sendiri, pasti lagi sedap kan.

Dalam artikel ini, Notawanita kongsikan langkah-langkah untuk membuat kek aiskrim dengan cara yang paling mudah, yang penting kek aiskrim yang bakal anda hasilkan nanti pasti sedap, malah boleh kalahkan rasa kek aiskrim yang dijual di kedai. Kalau tak percaya, kenalah cuba buat sendiri.

Resepi Kek Aiskrim Yang Mudah Dan Sedap

Resepi Kek Aiskrim Yang Mudah Dan Sedap

Bahan-bahan

2 perisa aiskrim kegemaran anda (dilembutkan)
Biskut kegemaran (marie, oreo dan sebagainya) (dihancur kasar)
Mentega (dicairkan)
Kekacang atau hirisan cokat (chocolate rice) (hiasan)

Cara Membuat Kek Aiskrim Yang Mudah Dan Sedap

1) Mula-mula sekali ambil tin loyang (bentuk dan saiz ikut pilihan sendiri) dan alas dengan plastik pembalut makanan. Alaskan seluruh bahagian dasar dan tepi loyang. Langkah ini nanti akan memudahkan proses untuk mengeluarkan kek yang telah siap dibekukan.

2) Hancurkan kepingan biskut pilihan. Anda boleh gunakan apa sahaja biskut yang anda gemari. Sukatan biskut adalah mengikut saiz acuan dan juga ketebalan yang anda inginkan. Jangan tebal sangat, nanti tak sedap pula.

3) Tuangkan mentega yang telah dicairkan ke atas biskut dan gaul sehingga berketul.

4) Selepas itu letakkan sedikit campuran biskut dan mentega tadi ke dalam loyang dan tekan sehingga menutupi seluruh dasar loyang. Tekan dan mampatkan sehingga rata supaya dasar kek nampak kemas.

5) Sendukkan aiskrim dan ratakan atas campuran kek tadi. Sukatan aiskrim juga bergantung kepada ketebalan yang anda inginkan. Anda boleh letakkan perisa aiskrim yang berbeza untuk setiap lapisan. Aiskrim perlu dikeluarkan 10 minit lebih awal dari peti sejuk untuk memudahkan proses melapis.

6) Ulangi proses sehingga mendapatkan saiz kek atau ketebalan kek yang anda inginkan.

7) Pastikan lapisan paling atas adalah lapisan aiskrim dan bukan lapisan biskut. Taburkan kekacang atau hirisan coklat sebagai hiasan.

8) Tutup loyang dengan plastik pembalut makanan dan masukkan dalam peti ais untuk beberapa jam.

Dah siap Resepi Kek Aiskrim Mudah Dan Sedap ini. Bolehlah anda hidangkan untuk keluarga tersayang.

(Visited 170 times, 2 visits today)

Check Also

Petua Melembutkan Daging Supaya Cepat Masak

Petua Melembutkan Daging Supaya Cepat Masak

Anda nak petua melembutkan daging supaya cepat masak dan empuk. Daging perlu lembut jika anda …