Tuesday , 12 December 2017
Home » Jom Masuk Dapur » Resepi Karipap Yang Rangup Dan Sedap

Resepi Karipap Yang Rangup Dan Sedap

RESEPI KARIPAP YANG RANGUP DAN SEDAP. Nak tahu cara buat kulit karipap yang rangup dan sedap. Memang garing untuk tempoh yang lama. Tak kisah nak letak inti apa, kentang atau sardin pun boleh.

Selalunya karipap yang baru siap digoreng memang digemari ramai kerana kulitnya yang masih garing. Bila dah sejuk, kulit karipap itu akan menjadi lemau. Memang tak berapa selera nak makan. Betul tak?

Resepi Karipap Yang Rangup Dan Sedap

Resepi Karipap Yang Rangup Dan Sedap

1 kg tepung gandum
1 cawan minyak masak
2 sudu marjerin
350 ml air
2 sudu air rendaman kapur makan

Cara Buat Kulit Karipap Yang Rangup

1) Mula-mula cairkan marjerin bersama minyak masak dan ketepikan.
2) Bila dah sejuk sedikit, tuangkan ke dalam tepung gandum.
3) Gaul tepung sehingga sebati.
4) Selepas itu tambahkan air dan uli doh sehingga tidak melekat pada tangan.
5) Doh yang telah siap diuli perlu disimpan selama 3 atau 4 jam dalam bekas kedap udara ataupun plastik. Tujuannya adalah untuk mendapatkan doh yang lembut dan berminyak.
6) Akhir sekali, canai doh dan masukkan inti. Kelim doh dengan kemas, agar tidak terbuka semasa menggoreng. Kalau tak pandai kelim, boleh sahaja gunakan acuan karipap untuk memotong.

Selamat Mencuba

(Visited 1,273 times, 41 visits today)

Check Also

Sinopsis Drama Syurga Yang Kedua

Sinopsis Drama Syurga Yang Kedua

Sinopsis Drama Syurga Yang Kedua mengisahkan tentang konflik keluarga lakonan Fasha Sandha, Zarul Husin dan …