Sunday , 28 May 2017
Home » Jom Masuk Dapur » Resepi » Resepi Kari Ikan Yang Sedap Dan Istimewa

Resepi Kari Ikan Yang Sedap Dan Istimewa

Resepi Kari Ikan Yang Sedap Dan Istimewa. Tengah fikir nak masak apa? Jom cuba resepi kari ikan yang sedap ini. Apa yang istimewa, ia menggunakan kismis. Sesekali ada kelainan dalam resepi, menarik juga kan.

Untuk resepiak semestinya kena guna ikan merah ye. Nak guna ikan selar pun boleh juga. Pastikan anda guna ikan yang segar. Hah baru boleh dapat kari ikan yang sedap.

Resepi Kari Ikan Yang Sedap Dan Istimewa

Resepi Kari Ikan Yang Sedap Dan Istimewa

Bahan-bahan Untuk Kari Ikan

Seekor ikan merah
80g bawang merah (dihiris)
20g bawang putih (dihiris)
20g halia (dikisar)
20g serai (dikisar)
10g serbuk kunyit
1 sudu kecil halba campur
160g serbuk kari ikan
2 biji tomato (potong kiub)
daun kari
daun ketumbar
4 biji cili hijau
1 sudu besar cili boh
4og asam jawa (bancuh dengan air)
30ml santan
50g kismis
minyak masak untuk menumis
garam secukup rasa

Cara Masak Kari Ikan Yang Sedap 

1) Panaskan minyak dan tumis halba campur bersama daun kari.
2)Masukkan bahan yang telah dihiris dan dikisar.
3) Dalam bekas yang lain, satukan serbuk kari dan serbuk kunyit dengan sedikit air dan jadikan seperti pes. Selepas itu masukkan dalam kuali bersama bahan yang sedang ditumis. Selepas itu masukkan cili boh.
4) Kacau sebati sebelum masukkan santan.
5) Kemudian masukkan ikan  dan biarkan mendidih seketika sebelum anda masukkan air asam jawa.
6) Selepas itu anda masukkan kismis, tomato dan cili hijau. Kalau nak letak terung bulat atau bendi pun boleh.
7) Sebelum nak tutup air, masukkan garam dan daun ketumbar yang telah dihiris.

Dah siap masak Resepi Kari Ikan Yang Sedap Dan Istimewa. Mudah kan. Tak perlu tak perlu tambah gula sebab kismis ada rasa manisnya yang tersendiri.

Untuk mencuba lebih banyak lagi resepi yang sedap-sedap klik sahaja ⇒ Jom Masuk Dapur

Selamat Mencuba

(Visited 105 times, 1 visits today)

Check Also

9 Panduan Untuk Ibu Mengandung Berpuasa

9 Panduan Untuk Ibu Mengandung Berpuasa

Berikut 9 Panduan Untuk Ibu Mengandung Berpuasa. Kerapkali ibu mengandung berasa risau untuk menjalani ibadah …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *