Tuesday , 12 December 2017
Home » Jom Masuk Dapur » Resepi Donut Gebu Dan Lembut

Resepi Donut Gebu Dan Lembut

Resepi Donut Gebu Dan Lembut. Kuih Donut gebu dan lembut pasti menjadi kegemaran ramai. Ia sesuai dihidangkan ketika minum petang bersama keluarga ataupun untuk majlis harijadi.

Untuk membuat donut sebenarnya amat mudah. Apa yang penting kena pastikan bahan-bahan yang diperlukan lengkap. Untuk artikel kali ini, kami di Notawanita ini nak ajarlah cara buat kuih donut yang gebu dan lembut ni.

Resepi Donut Gebu Dan Lembut

RESEPI DONUT GEBU DAN LEMBUT

Bahan-bahan
500g tepung gandum
2 sudu marjerin
210ml air
1 sudu teh garam
3 sudu besar susu tepung
2 sudu besar gula
11 gram mauripan (yis)
Sedikit air sejuk

Cara Membuat Donut Gebu
1) Campurkan yis dan air suam. Ketepikan untuk yis kembang.
2) Satukan tepung gandum, gula, marjerin dan susu. Adunkan sebati. Untuk anda yang tidak menggemari penggunaan susu tepung, bolehlah gantikan dengan susu pekat manis ye. Tapi kena kurangkan sedikit gula nanti.
3) Adunkan kesemua bahan-bahan tadi sehingga sebati dan tuangkan yis yang telah kembang.
4) Uli adunan kemudian tambahkan air dan garam.
5) Teruskan menguli sehingga adunan menjadi lembut. Jika adunan masih keras, bolehlah ditambahkan dengan sedikit air sejuk.
6)Terap adunan yang telah siap diuli menggunakan acuan donut.
7) Biarkan sehingga donut kembang. Kira-kira 5 ke 6 minit
8) Isikan minyak ke dalam kuali dan goreng adunan yang telah kembang. Pastikan api bersaiz kecil dan minyak cukup untuk membuatkan adunan tenggelam di dalamnya.
9)Goreng sehingga kuning keemasan kemudian taburkan dengan gula halus ketika donut masih panas.

Anda juga boleh variasikan donut gebu dan lembut ini dengan menuangkan coklat cair di atasnya ataupun sapukan jem perisa kegemaran anda di permukaan atas donut.

Selamat mencuba Resepi Donut Gebu dan Lembut ini

 

(Visited 1,145 times, 1 visits today)

Check Also

Sinopsis Drama Syurga Yang Kedua

Sinopsis Drama Syurga Yang Kedua

Sinopsis Drama Syurga Yang Kedua mengisahkan tentang konflik keluarga lakonan Fasha Sandha, Zarul Husin dan …