Saturday , 26 May 2018
Home » Jom Masuk Dapur » Resepi Daging Masak Hitam Tradisional

Resepi Daging Masak Hitam Tradisional

Resepi Daging Masak Hitam Tradisional ini sangat sedap dan mudah disediakan. Daging Masak Hitam memang sedap kalau dimakan dengan nasi briyani, nasi tomato ataupun dengan nasi putih.

Semalam saya dah kongsikan dengan anda petua melembutkan daging, bolehlah anda cuba petua itu untuk menyediakan resepi daging masak hitam ini. Satu lagi rahsia yang perlu anda tahu, bila menyediakan bahan-bahan nanti, pastikan bahan yang hendak dikisar itu digoreng terlebih dahulu tanpa minyak. Petua ini akan menaikan bau dan menyedapkan lagi hidangan daging masak hitam.

Resepi Daging Masak Hitam Tradisional

Resepi Daging Masak Hitam

Bahan-bahan
700g daging
1/2 cawan air asam jawa
1 batang kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
cili kering
14 biji bawang merah
6 ulas bawang putih
1 inci halia
6 sudu besar kicap pekat
1 sudu besar sos tiram
3 sudu besar kicap manis
gula
garam

Cara Menyediakan Daging Masak Hitam
1) Mula mula potong daging nipis nipis. Selepas itu perap daging dengan kicap pekat, sos tiram dan kicap manis selama 30 minit.
2) Seterusnya kisar bawang merah, bawang putih, cili kering dan halia. Bahan-bahan kisar ini seeloknya digoreng tanpa minyak terlebih dahulu.
3) Panaskan minyak dan tumis bunga lawang dan kulit kayu manis terlebih dahulu.
4) Selepas dah naik bau, masukkan pula bahan-bahan yang telah dikisar.
5) Bila bahan-bahan kisar telah pecah minyak barulah masukkan daging yang telah diperap.
6) Kacau seketika, kemudian baru masukkan air asam jawa.
7) Masak sehingga kuah pekat dan daging empuk.
8) Akhir sekali tambahkan garam dan gula sebagai penambah rasa.

Mudah sahaja untuk menyediakan Resepi Daging Masak Hitam Tradisional. Jadi anda jangan lupa mencubanya ya.

sumber resepi dan gambar: iresepi

(Visited 152 times, 1 visits today)

Check Also

Sinopsis Iman Ke Syurga Cerekarama TV3

Sinopsis Iman Ke Syurga Cerekarama TV3

Sinopsis Iman Ke Syurga Cerekarama TV3. Telefilem berjudul Iman Ke Syurga lakonan Zahiril Adzim, Syiera Ayob akan disiarkan …