Resepi Cucur Roti Berlauk

Resepi Cucur Roti Berlauk ni saya dapat dari perkongsian di facebook. Memandangkan bahan-bahan membuat cucur ni mudah didapati dan tekak pun teringin nak merasa cucur yang sedap, jadi saya pun cubalah resepi cucur roti berlauk tu.

Kalau disebut resepi cucur, kita dah terbayangkan campuran tepung gandum dengan pelbagai bahan-bahan lain. Tetapi yang istimewa tentang cucur roti ni, ia tidak menggunakan tepung sebaliknya menggunakan roti dan beberapa bahan utama yang lain. Jom cuba.

Resepi Cucur Roti Berlauk

Resepi Cucur Roti Berlauk

Bahan-bahan
6 keping roti (diracik halus)
2 biji telur (dipukul)
Sosej / isi ayam (dipotong kecil)
cili merah (hiris kecil)
sayur campuran (boleh guna yang jenis frozen)
daun ketumbar / daun sup (hiris)
garam

Cara Menyediakan Cucur Roti Berlauk
1) Mula-mula sekali kena potong kesemua bahan-bahan di atas. Kalau nak letak bawang pun boleh.
2) Satukan kesemunya dalam satu bekas dan gaul sebati.
3) Bentukan campuran bahan-bahan tadi menjadi bebola kecil.
4) Panaskan minyak dan goreng. Pastikan api tidak terlalu besar.

Cucur roti berlauk ni memang sedap kalau dimakan sewaktu masih panas. Nak lagi sedap, kenalah makan cicah sos cili. Selain mudah disediakan, cucur roti ini juga mengenyangkan, memang sesuai untuk dijadikan menu sarapan pagi ataupun minum petang.

Jangn lupa juga mencuba pelbagai lagi koleksi resepi menarik dari Dapur Notawanita

 

(Visited 181 times, 1 visits today)