Wednesday , 20 June 2018
Home » Jom Masuk Dapur » Resepi Brokoli Goreng Dengan Udang

Resepi Brokoli Goreng Dengan Udang

Jom cuba Resepi Brokoli Goreng Dengan Udang yang sesuai dijadikan hidangan makan tengahari atau malam. Rasa lemak manis brokoli di goreng bersama udang segar pasti membuka selera.

Brokoli kaya dengan anti oksidan dan membantu mempercepatkan penyembuhan pelbagai jenis penyakit antaranya osteoporosis, strok dan sebagainya. Selain itu amalan memakan brokoli juga membantu anda kelihatan lebih awet muda.

Resepi Brokoli Goreng Dengan Udang

Resepi Brokoli Goreng Dengan Udang

Bahan-Bahan
500 gram brokoli
200 gram kubis bunga
200 gram lobak merah
400 gram udang segar (dibuang kulit)
4 biji bawang merah (dihiris)
3 ulas bawang putih (dicincang)
3 biji cili merah (dihiris)
4 sudu makan air
2 sudu makan minyak masak
garam secukup rasa

Cara Menyediakan Brokoli Goreng

1) Potong kecil brokoli, kubis bunga dan lobak merah. Anda boleh gantikan kubis bunga dan lobak merah dengan sayuran yang lain. Cuci dan tuskan.
2) Panaskan minyak dan tumis bawang merah, bawang putih dan cili merah sehingga wangi.
3) Masukkan udang, lobak merah, dan air. Kacau rata.
4) Selepas itu masukkan kubis bunga dan brokoli. Tambahkan garam untuk perasa dan kacau.
5) Apabila mendidih. Boleh tutupkan api.

Dah siap Resepi Brokoli Goreng Dengan Udang dan bolelah dihidangkan dengan nasi panas. Kalau hidangkan bersama kari atau sambal pun lagi sedap.

Untuk anda yang alergik pada udang, bolehlah gantikan dengan sotong atau bebola ikan. Kalau tak nak letak makanan laut, boleh gantikan dengan hirisan daging ayam. Nak lagi sedap, tambahkan sedikit sos tiram.

Selamat mencuba.

(Visited 57 times, 1 visits today)

Check Also

Sinopsis Andainya Takdir 2 Di TV3

Sinopsis Andainya Takdir 2 Di TV3

Sinopsis Andainya Takdir 2 Di TV3. Drama Andainya Takdir 2 lakonan Shukri Yahaya dan Nina Iskandar akan disiarkan …