Tuesday , 12 December 2017
Home » Jom Masuk Dapur » Resepi » Koleksi Biskut Raya » Resepi Biskut Cornflakes Rangup Dan Sedap

Resepi Biskut Cornflakes Rangup Dan Sedap

Sedang mencari resepi biskut raya? Resepi Biskut Cornflakes Rangup dan Sedap ini memang wajib anda cuba. Untuk anda yang baru pertama kali nak cuba buat biskut raya homemade pun boleh buat ini sebab langkah-langkahnya cukup mudah.

Resepi Biskut Cornflakes Rangup Dan Sedap

375 gram Tepung Gandum
250 gram Mentega
185 gram Gula Kastor
2 cawan Cornflakes
2 biji Kuning Telur

Resepi Biskut Cornflakes Rangup Dan Sedap

Cara Membuat Biskut Cornflakes Rangup Dan Sedap

1) Pertama sekali anda perlu pukul mentega dan gula sehingga kembang.
2) Setelah itu tambahkan tepung gandum sedikit demi sedikit berselang seli dengan kuning telur.
3) Teruskan pukul adunan pada kelajuan sederhana.
4) Kemudian masukkan cornflakes yang telah di hancurkan sedikit dan uli sehingga adunan sebati.
5) Gliskan mentega pada dulang pembakar.
6) Ambil sudu kecil dan sudukan adunan ke atas dulang pembakar.
7) Bakar biskut dalam ketuhar pada suhu 175 darjah celsius untuk kira-kira 15 ke 20 minit. (Ketuhar perlu dipanaskan terlebih dahulu ye)

Jika anda ingin dekorasikan biskut cornflakes, anda boleh taburkan coklat urai ataupun kekacang. Taburkan sebelum anda masukkan ke dalam ketuhar. Nak letak ceri merah atau ceri hijau atau buah-buahan kering seperti kismis pun boleh.

Manakala untuk anda yang ingin salutkan biskut cornflakes ini dengan coklat cair, perlu bakarkan biskut terlebih dahulu kemudian baru celupkan ke dalam coklat masakan yang telah dicairkan terlebih dahulu menggunakan kaedah double boil.

Jangan lupa ya mencuba Resepi Biskut Cornflakes Rangup Dan Sedap ini sebagai salah satu penghias meja kuih raya anda.

Untuk senarai lengkap Koleksi Resepi Notawani, layari JOM MASUK DAPUR

(Visited 269 times, 1 visits today)

Check Also

Sinopsis Drama Syurga Yang Kedua

Sinopsis Drama Syurga Yang Kedua

Sinopsis Drama Syurga Yang Kedua mengisahkan tentang konflik keluarga lakonan Fasha Sandha, Zarul Husin dan …