Sunday , 28 May 2017
Home » Jom Masuk Dapur » Resepi » Koleksi Biskut Raya » Resepi Biskut Beras Coklat Raya

Resepi Biskut Beras Coklat Raya

Untuk anda yang mencari koleksi resepi biskut raya 2017 yang sedap, apa kata anda cuba Resepi Biskut Beras Coklat Raya yang rangup ini.

Bahan untuk membuat Biskut Beras Coklat Raya adalah bahan asas membaling yang mudah didapati. Cara membuat biskut beras coklat ini pun amat mudah.  Anda boleh membuatnya bersama anak anak di rumah.

Resepi Biskut Beras Coklat Raya

Koleksi Resepi Biskut Raya 2017 boleh anda dapatkan resepi biskut dan kuih raya yang sedap di laman web Notawanita.

Resepi Biskut Beras Coklat Raya

Bahan-bahan
250g mentega
50g gula aising
1 biji telur
250g beras rangup
50g kacang tanah (dikisar)
(Hiasan)
Coklat masakan (dicairkan)
200g kacang tanah (dicincang)
Cawan kertas

Cara Membuat Biskut Beras Coklat
1) Satukan mentega, telur dan gula aising. Pukul sehingga sebati.
2) Masukkan beras ranggup dan kacang tanah sedikit demi sedikit dan kacau rata.
3) Apabila adunan dah sebati, bulatkan doh kepada bentuk bebola kecil dan susun di atas dulang pembakar.
4) Bakar selama 15 ke 20 minit pada suhu 175°C
5) Keluarkan dari ketuhar dan salutkan bebola biskut betas dengan coklat Yang telah dicairkan.
6) Masukkan me dalam mcawan kertas dan taburkan kacang keatasnya.

Dah siap.  Selamat mencuba.

Sumber: buku resepi

(Visited 69 times, 1 visits today)

Check Also

9 Panduan Untuk Ibu Mengandung Berpuasa

9 Panduan Untuk Ibu Mengandung Berpuasa

Berikut 9 Panduan Untuk Ibu Mengandung Berpuasa. Kerapkali ibu mengandung berasa risau untuk menjalani ibadah …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *