Home » Jom Masuk Dapur » Resepi » Koleksi Biskut Raya » Resepi Biskut Bangkit Susu Cair Dalam Mulut

Resepi Biskut Bangkit Susu Cair Dalam Mulut

Resepi Biskut Bangkit Susu Cair Dalam Mulut. Biskut Bangkit Susu antara kuih raya tradisional yang masih digemari sehingga kini. Rasanya yang lemak manis dan warnanya yang putih susu membuatkan ia agak berbeza dengan biskut raya yang lain.

Untuk anda yang mencari resepi biskut untuk koleksi biskut raya 2018, sis syorkan anda cuba membuat biskut bangkit atau lebih ramai yang mengenalinya sebagai kuih bangkit.

Resepi Biskut Bangkit Susu Cair Dalam Mulut

Resepi Biskut Bangkit Susu

Bahan-Bahan
400g tepung ubi kayu
4 helai daun pandan
2 biji kuning telur
175g gula kastor
150ml santan pekat
1 sudu besar mentega

Cara membuat Biskut Bangkit Susu

1) Pertama sekali anda perlu sangai (goreng tanpa minyak) tepung ubi kayu dengan daun pandan sehingga ringan.
2) Selepas itu ayak tepung untuk asingkan daun pandan. Ketepikan seketika.
3) Sementara menunggu tepung sejuk, pukul kuning telur, gula kastor dan santan sehingga sebati.
4) Kemudian tambahkan tepung ubi yang telah disangai tadi sedikit demi sedikit.
5) Uli sehingga sebati. Seterusnya tambahkan sedikit mentega dan uli sehingga adunan menjadi lembut dan mudah dibentuk.
6) Tabur sedikit tepung di atas papan canai dan canai doh. Terap menggunakan bentuk acuan yang digemari.
7) Susun doh yang telah diterap ke atas dulang pembakar. Pastikan dulang telah di tabur dengan sedikit tepung terlebih dahulu.
8) Bakar dalam ketuhar selama kira-kira 15 minit pada suhu 170°C atau sehingga biskut kering.

Memang mudah untuk menyediakan Resepi Biskut Bangkit Susu ini. Anda kena mencuba tau. Jangan lupa juga mencuba pelbagai lagi kuih raya yang telah sis kongsikan resepinya di Koleksi Biskut Raya 2018

 

(Visited 308 times, 1 visits today)

Check Also

Sinopsis Drama Cik Reen Dan Encik Ngok Ngek Di Astro

Sinopsis Drama Cik Reen Dan Encik Ngok Ngek

Sinopsis Drama Cik Reen Dan Encik Ngok Ngek. Drama berjudul Cik Reen Dan Encik Ngok Nek …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *