Thursday , 23 November 2017
Home » Dapur » Resepi Ayam BBQ Yang Sedap

Resepi Ayam BBQ Yang Sedap

Resepi Ayam BBQ Yang Sedap. Sekali sekala berkumpul ramai-ramai bersama keluarga atau rakan-rakan, pasti seronok kalau buat BBQ (Barbeque). Sambil bersembang sambil bakar ayam, sosej dan makanan laut. Jagung bakar pun sedap. Aromanya boleh buat semua yang berkumpul terus rasa lapar.

Untuk mendapatkan Ayam BBQ yang sedap, sos perapan ayam memang penting. Kalau cara perap dan sosnya cukup rasa, memang gerenti akan dapat ayam BBQ yang sedap. Sampai menjilat jari.

Untuk artikel kali ini, Notawanita nak kongsikan satu resipi yang mudah untuk menyediakan Sos perapan untuk Ayam BBQ.

Resepi Ayam BBQ Yang Sedap

Resepi Ayam BBQ Yang Sedap

Bahan-bahan 

500 gram peha atau kepak ayam (dicuci bersih)

 

Bahan- Bahan Untuk Sos BBQ

200 gram gula pasir

100 ml air

5 biji bawang putih, dikisar halus

6 sudu besar sos BBQ

2 sudu besar sos tiram

5 sudu besar sos cili

2 sudu besar serbuk kari

1 sudu besar serbuk cili (jika suka)

1 sudu besar minyak

Garam secukup rasa

 

Cara Membuatnya Ayam BBQ:

1. Satukan gula dan air dalam periuk dan panaskan sehingga menjadi pekat (gula hangus). Angkat dan ketepikan.

2. Panaskan minyak dan tumis bawang putih sehingga naik bau.

3. Tutup api dan satukan bawang putih, gula hangus dan bahan-bahan lain. Kacau hingga sebati.

4. Masukkan ayam ke dalam sos BBQ yang telah digaul rata.

5. Perap selama sejam.

6. Selepas itu ayam dah sedia untuk dibakar. Pastikan api tidak terlalu besar kerana ayam akan terbakar diluar tapi dalamnya tidak dapat masak dengan sempurna.

Dah siap. Selepas itu bolehlah makan bersama timun, tomato, salad atau dimakan dengan roti dan nasi pun sedap.

Jangan lupa mencuba Resepi Ayam BBQ Yang Sedap.

 

(Visited 49,204 times, 1 visits today)

Check Also

Sinopsis Drama Dekatkan Jarak Kita

Sinopsis Drama Dekatkan Jarak Kita

Sinopsis Drama Dekatkan Jarak Kita mengisahkan tentang Allysa lakonan Ayda Jebat telah mula disiarkan di …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *