Home » Dapur » Resepi Almond London Yang Sedap

Resepi Almond London Yang Sedap

Resepi Almond London Yang Sedap. Untuk anda yang tengah pening mencari resepi biskut raya 2016, apa kata anda cuba buat Biskut Almond London. Dalam artikel ini kami kongsikan resepi dan cara membuatnya.

Biskut Almond London menjadi kegemaran ramai bukan sahaja kerana ia bersalut coklat tetapi mungkin juga kerana rasa lemak kacang badam yang tersembunyi di dalamnya. Anda suka makan Almond London?

Resepi Almond London Yang Sedap

Resepi Almond London Yang Sedap

Bahan-bahan
200 gram Tepung Gandum
25g Tepung Hoen Kwe
130g Mentega
70g Gula
1 sudu teh Esen Vanila
Sebiji Kuning Telur
Kacang Badam (sebagai inti)
Coklat Masakan
Kertas Cawan (paper cup warna hitam)

Cara Membuat Almond London Yang Sedap

1) Mula-mula sekali anda kena pukul mentega dan gula sehingga kembang.
2) Selepas itu tambahkan esen vanila dan kuning telur. Teruskan memukul pada kelajuan sederhana.
3) Bila dah sebati, masukkan tepung gandum dan tepung Hoen Kwe.
4) Kemudian uli sehingga doh tidak melekat pada tangan.
5) Langkah seterusnya, ambil sedikit doh dan isikan dengan kacang badam. Kemudian bentukkan menjadi bujur atau pun bulat mengikut kesukaan anda.
6) Susun keatas dulang pembakar yang telah disapukan mentega atau marjerin terlebih dahulu. Dan bakar dalam ketuhar pada suhu 180 darjah celsius untuk 15 ke 20 minit.
7) Selepas mengeluarkan biskut dari ketuhar,sejukkan di atas rak. Sambil itu anda boleh cairkan coklat masakan dengan menggunakan cara double boiler.
8) Apabila coklat dah cair, anda perlu celupkan biskut satu demi satu.
9) Selepas dah celup, terus masukkan ke dalam paper cup dan taburkan kacang badam cincang diatasnya sebagai hiasan.
10) Sebelum susun ke dalam botol, pastikan coklat telah keras terlebih dahulu.

Tips Tambahan: Untuk mendapatkan coklat yang lebih berkilat, tambahkan sedikit minyak jagung semasa mencairkan coklat.

Jangan lupa ye mencuba Resepi Almond London Yang Sedap untuk hidangan raya nanti. Kalau puas hati dengan hasilnya, kongsikan la resepi ini dengan rakan-rakan dan sanak saudara. Anda cuma perlu tekan butang SHARE yang terletak di bawah artikel ini.

Selamat mencuba

 

(Visited 3,395 times, 1 visits today)

Check Also

Sinopsis Drama Cik Reen Dan Encik Ngok Ngek Di Astro

Sinopsis Drama Cik Reen Dan Encik Ngok Ngek

Sinopsis Drama Cik Reen Dan Encik Ngok Ngek. Drama berjudul Cik Reen Dan Encik Ngok Nek …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *