Saturday , 20 January 2018
Home » Kesihatan » Punca Telinga Berdesing Secara Tiba-Tiba

Punca Telinga Berdesing Secara Tiba-Tiba

Punca Telinga Berdesing Secara Tiba-Tiba. Kenapa telinga berdesing? Adakah ia membawa petanda yang buruk seperti kata orang-orang tua? Telinga berdesing mungkin ada kaitan dengan masalah kesihatan. Di mana kebenarannya, jom kita kaji.

Anda mungkin atau sedang mengalami masalah telinga berdesing. Menurut kajian, ia sebenarnya petanda awal kepada beberapa masalah kesihatan yang tidak boleh dipandang remeh.

Punca Telinga Berdesing Secara Tiba-Tiba

Punca Telinga Berdesing

Telinga Tersumbat – Setiap hari akan ada cecair melekit yang dihasilkan di dalam telinga. Jika dibiarkan tanpa dibersihkan pasti akan membuatkan telinga tersumbat sehingga menjejaskan pendengaran. Memang tak elok korek telinga dengan benda tajam, tetapi anda perlu juga bersihkan telinga dengan cara yang betul.

Kerosakan Pada Saraf – Ada kemungkinan telinga berdesing kerana terdapat kerosakan pada saraf rahang. Biarpun bahagian rahang ini bersambung pada tengkorak dan bukan pada telinga, tetapi jika berlaku kerosakan, ia tetap akan menjejaskan pendengaran.

 

Gegaran Otak – Gegaran otak boleh berlaku bila kepala terhantuk sehingga mencederakan fungsi dalaman. Antara simptom gegaran otak adalah pening, sakit kepala, loya dan telinga berdesing. Kalau kepala terhantuk pada benda yang keras dan anda ada simptom telinga berdesing, segeralah berjumpa doktor ya.

Stress – Gangguan emosi seperti tekanan atau stress juga boleh menyebabkan telinga berdesing secara tiba-tiba.

Ubat-ubatan – Ada beberapa jenis ubat-ubatan yang diambil juga boleh menyebabkan telinga anda berdesing. Antaranya seperti ubat antibiotik, ubat tahan sakit dan juga pil anti kemurungan. Ia selalunya terjadi bila anda mengambil ubat yang dinyatakan ini secara berlebihan.

Pertumbuhan Tulang Secara Abnormal – Otosclerosis atau pertumbuhan tulang secara abnormal dalam bahagian telinga boleh berlaku kepada individu yang berusia di pertengahan 30an. Selain menyebabkan telinga berdesing, ia juga boleh menyebabkan seseorang individu hilang deria pendengaran.

Kerap Mendengar Bunyi Yang Kuat – Telinga Berdesing juga boleh disebabkan oleh kekerapan mendengar bunyi-bunyian yang kuat contohnya mendengar radio secara kuat lebih-lebih lagi jika menggunakan headphone atau earphone.

Simptom Kepada Masalah Penyakit Lain – Selain itu masalah telinga berdesing juga boleh menjadi petanda awal kepada penyakit-penyakit yang lain seperti tekanan darah tinggi, alergi, ketumbuhan dan sebagainya.

Punca Telinga Berdesing Secara Tiba-Tiba mungkin petanda awal kepada salah satu skomplikasi yang disenaraikan di sini, jangan pandang remeh sekiranya ia berlaku. Segeralah jumpa doktor untuk pemeriksaan awal.

(Visited 73 times, 1 visits today)

Check Also

Resepi Daging Masak Hitam Tradisional

Resepi Daging Masak Hitam Tradisional

Resepi Daging Masak Hitam Tradisional ini sangat sedap dan mudah disediakan. Daging Masak Hitam memang …