Saturday , 21 April 2018
Home » Kesihatan » Punca Resdung Dan Cara Untuk Mencegahnya

Punca Resdung Dan Cara Untuk Mencegahnya

Punca Resdung Dan Cara Untuk Mencegahnya. Penyakit Resdung atau sinus (sinusitis) disebabkan oleh bakteria yang menyerang rongga hidung membuatkan rasa kegatalan di bahagian hidung. Penyakit resdung sebenarnya merbahaya dan jika tidak dirawat boleh menyebabkan maut.

Resdung disebabkan oleh jangkitan bakteria bila daya tahan atau antibodi seseorang itu lemah dan tidak dapat melawan kuman resdung atau hama yang boleh merebak melalui sinus (rongga udara yang berada di tulang muka). Bila aliran dari sinus tersumbat maka bakteria akan membiak di dalamnya dan menyebabkan lapisan hidung membengkak dan terhasil dan terkumpulnya nanah.

Punca Resdung Dan Cara Untuk Mencegahnya

Punca Resdung Dan Cara Untuk Mencegahnya

Jika anda seorang pesakit resdung, anda mungkin akan mengalami simptom-simptom resdung seperti di bawah ini:

1) Hidung selalu tersumbat
2) Pengumpulan lendiri dari hidung dan tekak
3) Kerap sakit tekak dalam tempoh yang lama
4) Berasa sakit di bahagian muka terutamanya di kawasan tengah antara mata.
5) Kerap mengalami alahan hidung seperti bersin atau hidung berasa gatal
6) Mudah demam atau rasa tidak sedap badan

Jika anda mempunyai simptom atau gejala resdung seperti di atas, elok dapatkan pencegahan awal terutamanya bila anda diserang selsema dan batuk.

 

1) Segera mendapatkan rawatan bila terkena selsema. Dapatkan preskripsi ubat yang betul dari doktor. Makan ubat mengikut masa terutamanya ubat antibiotik yang membantu melawan jangkitan penyakit.
2) Banyakkan minum air suam untuk mencairkan mukus agar ia mudah mengalir keluar. Seeloknya anda perlu minum segelas air setiap satu jam untuk melancarkan pengeluaran mukus.
3) Elakkan dari asap rokok atau udara yang tercemar. Asap akan menggangu saluran sinus. Kebiasaannya perokok mudah terkena jangkitan penyakit resdung.
4) Elakkan berenang ketika selsema kerana bahan klorin yang terdapat dalam kolam renang boleh menggangu pernafasan dan sinus.
5) Amalkan menghembus melalui hidung secara perlahan. Menghembus dengan kuat dan kerap boleh mencederakan lapisan dalam rongga.
6) Makanlah makanan yang seimbang untuk menguatkan antibodi atau daya tahan melawan penyakit.
7) Yang penting anda perlu mendapatkan rehat yang secukupnya untuk membantu melawan jangkitan.

 

(Visited 118 times, 1 visits today)

Check Also

Petua Merawat Sakit Disengat Tebuan Atau Lebah

Petua Merawat Sakit Disengat Tebuan Atau Lebah

Petua Merawat Sakit Disengat Tebuan Atau Lebah. Memang sakit bila disengat tebuan atau lebah. Rasa …