Thursday , 21 September 2017
Home » Kecantikan » Punca Rambut Cepat Beruban

Punca Rambut Cepat Beruban

Punca Rambut Cepat Beruban. Anda masih muda tetapi rambut sudah mula beruban, hal ini tentu merunsingkan dan membuatkan anda rasa kurang yakin kan. Tentu anda tertanya-tanya, apa puncanya rambut anda beruban. Terlalu banyak tekanan, kurang vitamin atau kesan produk penjagaan rambut yang tidak sesuai?

Punca Rambut Cepat Beruban

1) Faktor Usia – Kajian menunjukkan manusia berkulit putih akan mengalami rambut beruban pada usia pertengahan 30, orang Asia pula pada lewat 30-an manakala golongan berkulit hitam pula akan mengalami rambut beruban pada usia lewat pertengahan 40.

Punca Rambut Cepat Beruban

2) Genetik – Perubahan pada warna rambut seseorang juga bergantung kepada faktor genetik. Dua jenis gen yang bertanggungjawab dalam menentukan proses perubahan warna rambut seseorang iaitu Bcl2 dan Bcl-w. Perubahan pada warna rambut ini berlaku apabila melanin (pigmen warna) berhenti daripada dihasilkan pada akar rambut dan ini menyebabkan rambut seterusnya akan tumbuh tanpa pigmen melanin.

3) Kekurangan vitamin B 12 – Vitamin B 12 memainkan peranan dalam pembentukan melanin. Masalah ini kerap dialami oleh golongan seperti kepada ibu-ibu yang mengandung di mana mereka mudah untuk mengalami kekurangan vitamin B 12 dan zat besi di dalam tubuh.

Menurut kajian yang dilakukan oleh J.G.Mosley di British Medical Journey pada 1996 perokok tegar empat kali lebih cepat mengalami masalah rambut beruban berbanding individu yang tidak merokok.

Sekiranya anda mengalami masalah rambut beruban di usia muda, jangan risau kerana ada beberapa cara untuk mengatasi masalah rambut beruban.

1) Amalan pemakanan yang sihat dan seimbang – Pilih makanan yang berprotein tinggi untuk memastikan sistem pembinaan sel berlaku secara baik dan teratur. Pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran juga penting untuk memastikan kesihatan tubuh terpelihara

2) Bersenam dan Bersukan – Bersukan atau bersenam dengan kerap boleh melambatkan pertumbuhan uban. Bila badan kerap berpeluh selepas bersenam dan bersukan sel-sel di bawah kulit atau lemak tidak akan tersumbat.

3) Elak tekanan dan stress – Gangguan emosi akibat stress dan tekanan juga boleh menjadi penyebab rambut beruban. Jadi amalkan gaya hidup yang sihat dan ceria untuk elak tekanan atau stress.

Semoga perkongsian Punca Rambut Cepat Beruban memberi anda sedikit pengetahuan asas tentang cara mengatasi masalah rambut beruban yang anda hadapi

(Visited 104 times, 1 visits today)

Check Also

Cara Mengatasi Masalah Keputihan Yang Dialami Wanita

Cara Mengatasi Masalah Keputihan Yang Dialami Wanita

Apakah Cara Mengatasi Masalah Keputihan Yang Dialami Wanita? Ramai wanita yang keliru tentang masalah keputihan. …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *