Tuesday , 20 February 2018
Home » Kesihatan » Punca Gigi Kuning Dan Cara Memutihkan Gigi

Punca Gigi Kuning Dan Cara Memutihkan Gigi

Apakah Punca Gigi Kuning Dan Cara Memutihkan Gigi supaya dapat senyum dengan penuh yakin? Memiliki gigi kuning akan membuatkan seseorang itu hilang keyakinan diri. Nak senyum pun rasa malu. Dah bersolek cantik-cantik tapi alahai gigi pula merosakkan penampilan.

Ada beberapa proses yang berkesan untuk memutihkan gigi antaranya menggunakan teknik laser, bleaching atau teeth crowning. Bagi individu yang memiliki set gigi yang cantik teratur dan putih, pasti akan sentiasa tersenyum dengan penuh yakin.

Punca Gigi Kuning Dan Cara Memutihkan Gigi

Apakah punca gigi berubah warna menjadi kekuningan? Salah teknik menggosak gigi atau disebakan oleh amalan pemakanan? Jom kita kaji…

Punca Gigi Kuning 

1. Faktor Genetik – Warna gigi sebenarnya dipengaruhi oleh pembentukan tulang yang mempunyai kaitan dengan unsur genetik. Selain itu warna gigi juga dipengaruhi oleh faktor peningkatan usia.

2. Makanan Dan Minuman – Ada beberapa jenis makanan dan minuman yang boleh merubah warna gigi menjadi kekuning kuningan jika diambil secara kerap antaranya minuman berkafein seperti teh dan kopi. Selain itu jeruk buah-buahan juga boleh menyebabkan gigi menjadi kuning.

3. Ubat – Pengambilan ubat untuk tempoh yang agak lama juga boleh membuatkan gigi berubah menjadi kekuningan.

4. Rokok – Wahai perokok tegar, jika anda inginkan gigi putih berhentilah merokok selepas melakukan proses memutihkan gigi. Kandungan nikotin dalam rokok akan melekat pada gigi dan sekaligus membuatkan gigi berbubah warna menjadi kuning. Memang sukar nak melihat perokok tegar memiliki gigi putih.

Cara Memiliki Gigi Putih Dan Bersih

1) Rajin-rajinlah gosok gigi selepas makan dan sebelum tidur.
2) Pilih berus gigi yang sesuai dengan bentuk gigi
3) Kurangkan pengambilan minuman berkafein seperti teh dan kopi
4) Kerap berjumpa doktor gigi untuk mendapatkan rawatan pergigian. Seeloknya 6 bulan sekali.
5) Ada petua yang mengatakan kunyah lobak merah dapat membersihkan gigi kerana ia membantu menanggalkan plak atau sisa makanan yang terlekat pada celah celah gigi.
6) Amalkan pemakanan yang sihat yang mengandungi nutrien untuk menguatkan gigi.

Semoga artikel Punca Gigi Kuning Dan Cara Memutihkan Gigi ini memberikan sedikit infomasi kepada anda untuk mendapatkan gigi yang lebih bersih dan sihat. Dan supaya anda dapat senyum dengan penuh keyakinan.

(Visited 57 times, 2 visits today)

Check Also

Masalah Rambut Berminyak

Cara Atasi Masalah Rambut Berminyak

Masalah Rambut Berminyak menjadi punca utama kegatalan dan kelemumur pada kulit kepala. Lebihan minyak yang …