Wednesday , 20 June 2018
Home » Parenting » Bayi » Punca Bayi Susah Tidur Malam

Punca Bayi Susah Tidur Malam

Punca Bayi Susah Tidur Malam. Sebagai ibu bapa, pasti anda risau jika bayi anda asyik menangis dan susah tidur malam. Bayi memerlukan waktu tidur yang lebih lama. Waktu tidur yang tidak mencukupi boleh menjejaskan perkembangan otak bayi.

Apakah antara faktor yang menyebabkan bayi asyik merengek dan tidak mahu tidur? Dalam artikel ini, Notawanita akan kongsikan beberapa sebab bayi sukar tidur malam.

Punca Bayi Susah Tidur Malam

Punca Bayi Susah Tidur Malam

  1. Lapar – Antara penyebab paling utama bayi susah tidur adalah bila perutnya lapar. Bayi akan cepat terasa lapar. Jadi para ibu disyorkan untuk menyusukan bayi sebelum waktu tidurnya.
  2. Pakaian yang tidak selesa – Bayi akan berasa tidak selesa jika pakaiannya agak ketat dan tidak dapat menyerap peluh. Pakaikan fabrik yang sesuai dan saiz baju yang sedikit longgar supaya bayi anda akan berasa lebih selesa ketika tidur.
  3. Baru nak tumbuh gigi – Bayi yang baru nak tumbuh gigi akan berasa sakit dan akan menjejaskan waktu tidurnya. Gusi bayi pula akan berasa gatal dan ini akan membuatkan bayi berasa sangat tidak selesa.
  4. Tidak sihat – Masalah kesihatan seperti demam, batuk dan selsema juga boleh membuatkan bayi tidak dapat tidur dengan lena. Bayi akan merengek kerana berasa tidak selesa dan mempunyai kesukaran untuk bernafas.
  5. Suasana yang tidak tenteram – Ramai juga bayi yang memerlukan suasana yang sunyi untuk melelapkan mata. Bunyi yang bising pasti akan mengganggu waktu tidur bayi. Suhu bilik tidur bayi anda juga tidak boleh terlalu panas atau sejuk.

Jika bayi anda susah tidur malam, anda perlu kenalpasti puncanya dan cara penyelesaian untuk menanganinya. Bayi yang mendapat waktu tidur yang cukup, pasti akan bangun pagi dengan lebih ceria. Malah kesihatannya juga akan lebih baik dan mindanya akan dapat berkembang dengan baik.

Semoga artikel Punca Bayi Susah Tidur Malam ini bermanfaat terutamanya buat para ibu bapa yang baru pertama kali melalui pengalaman bergelar ibu dan bapa. Jika ada rasa was-was dengan tahap kesihatan atau perkembangan bayi anda, elok jumpa doktor untuk mendapatkan nasihat lanjut.

(Visited 422 times, 1 visits today)

Check Also

Sinopsis Andainya Takdir 2 Di TV3

Sinopsis Andainya Takdir 2 Di TV3

Sinopsis Andainya Takdir 2 Di TV3. Drama Andainya Takdir 2 lakonan Shukri Yahaya dan Nina Iskandar akan disiarkan …