Tuesday , 20 February 2018
Home » Parenting » Bayi » Punca Bayi Selalu Terjaga Pada Waktu Malam

Punca Bayi Selalu Terjaga Pada Waktu Malam

PUNCA BAYI SELALU TERJAGA PADA WAKTU MALAM. Bayi yang kerap menangis dan terjaga pada waktu malam pasti merisaukan ibu bapa. Apa punca bayi yang baru sahaja lena, terjaga semula? Adakah bayi itu lapar atau ada sebab lain yang membuatkan si kecil tidak selesa sehingga mengganggu tidurnya?

Wahai ibu bapa, jangan terus beri susu kalau bayi anda terjaga dan menangis selepas baru seketika lena. Periksa dulu, mungkin bayi anda tidak lapar. Di bawah ini Notawanita kongsikan sebab-sebab lain yang mungkin menjadi punca bayi anda terjaga dan menangis.

Punca Bayi Selalu Terjaga Pada Waktu Malam

Punca Bayi Selalu Terjaga Pada Waktu Malam

1) Suhu Bilik Yang Kurang Sesuai – Bayi akan mudah rasa tidak selesa dengan suhu yang terlalu panas atau terlalu sejuk. Jadi untuk memastikan si kecil anda selesa tidur malam, anda perlu memberinya memakai baju tidur yang sesuai dengan keadaan cuaca ataupun suhu bilik.

2) Bunyi Yang Bising – Bunyi bising yang secara tiba-tiba boleh mengejutkan bayi dari lenanya. Antaranya seperti bunyi pintu bilik yang ditutup dengan kuat, bunyi anjing menyalak dari rumah jiran, bunyi motorsikal yang lalu depan rumah dan sebagainya. Sebagai ibu bapa, pastikan tingkap ditutup rapat untuk mengelak bunyi bising dari luar.

3) Rutin Harian Terjejas – Seperti orang dewasa, bayi juga akan berasa tidak selesa bila rutin hariannya terjejas contoh seperti berjalan jauh atau baru pulang bercuti. Kebiasaannya bayi akan meragam pada waktu malam sekiranya rutin waktu siangnya terjejas antaranya seperti perubahan cuaca, perubahan persekitaran dan perubahan masa sekiranya anda membawanya melancong ke luar negara yang mempunyai perbezaan masa.

4) Jika Terbiasa Tidur Dengan Sesuatu – Bayi yang sudah biasa tidur dengan puting, botol susu ataupun bantal peluk akan merengek jika barangan tersebut dipisahkan darinya. Ini kerana barangan itu sudah dianggap sebagai penemannya. Namun lama-kelamaan bayi anda akan berjaya menyesuaikan diri dan tidak akan merengek lagi.

5) Tidur Tanpa Buaian – Begitu juga dengan bayi yang sudah biasa tidur dalam buaian, bayi itu pasti akan menangis jika dia terpaksa tidur di atas katil dalam keadaan tidak berhayun. Seperti juga orang dewasa, bayi memerlukan masa untuk menyesuaikan diri dengan perubahan.

6) Perkembangan Bayi – Bagi bayi yang telah mula membesar, tentunya akan mempunyai perkembangan antaranya seperti mula belajar merangkak, meniarap dan sebagainya. Ketika ini agak sukar untuk memaksa bayi anda untuk tidur kerana waktu inilah si kecil ingin menunjukkan ‘skil’ yang baru dipelajarinya.

7) Lampin Yang Basah – Akhir sekali lampin yang basah pasti membuatkan si kecil terganggu tidurnya. Sebelum mendodoikan anak, pastikan anda periksa dulu lampinya. Lampin yang basah atau kotor akan membuatkan si kecil anda berasa tidak selesa dan mula merengek.

Selain 7 Punca Bayi Selalu Terjaga Pada Waktu Malam yang Notawanita kongsikan di atas ini, mungkin ada faktor lain yang membuatkan si kecil anda kerap terjaga. Sebagai ibu bapa, anda perlu pantau untuk memastikan tiada insiden yang tidak diingini beraku.

(Visited 100 times, 2 visits today)

Check Also

Masalah Rambut Berminyak

Cara Atasi Masalah Rambut Berminyak

Masalah Rambut Berminyak menjadi punca utama kegatalan dan kelemumur pada kulit kepala. Lebihan minyak yang …