Tuesday , 12 December 2017
Home » Kesihatan » Kewanitaan » Petua Untuk Ibu Bersalin Cara Pembedahan Yang Wajib Diamalkan

Petua Untuk Ibu Bersalin Cara Pembedahan Yang Wajib Diamalkan

Petua Untuk Ibu Bersalin Cara Pembedahan Yang Wajib Diamalkan. Bersalin cara pembedahan atau caesarean ini memerlukan penjagaan yang lebih rapi berbanding bersalin biasa. Kalau diikutkan ada lebih banyak pantang larang yang perlu diikut untuk memastikan proses penyembuhan berjalan lancar.

Bagi ibu-ibu yang bersalin secara pembedahan, proses penyembuhan akan mengambil masa yang lebih lama. Jadi dalam proses berpantang itu kena lebih teliti kerana kemungkinan luka di luar akan kelihatan sembuh tetapi di dalamnya kita tak nampak kan.

Petua Untuk Ibu Bersalin Cara Pembedahan Yang Wajib Diamalkan

Dalam artikel ini, notawanita akan kongsikan beberapa petua dan tips yang boleh para ibu amalkan untuk memastikan luka pembedahan ceasarean cepat sembuh.

Petua Untuk Ibu Bersalin Cara Pembedahan Yang Wajib Diamalkan

1) Pastikan tempat jahitan sentiasa bersih dan kering. Setiap kali selepas mandi, ibu-ibu kena pastikan kawasan yang berjahit di bahagian perut dikeringkan. Tempat jahitan yang dibiarkan lembab dan tiada penjagaan rapi boleh menyebabkan berlakunya jangkitan yang tidak diingini.

2) Amalkan minum pati ikan haruan atau jus air gamat untuk mempercepatkan proses penyembuhan luka pembedahan lebih-lebih lagi luka di bahagian dalam.

3) Yang paling penting adalah menjaga pemakanan ketika dalam masa berpantang. Jangan makan ikut sedap rasa je kerana pemakanan juga memainkan peranan penting dalam proses penyembuhan. Pilih jenis makanan yang sesuai. Lebihkan makanan berkhasiat seperti sayur-sayuran dan buah-buahan. Jangan lupa juga amalkan pengambilan makanan sunnah seperti minyak zaitun, kurma, badam, madu dan sebaginya.

4) Anda juga boleh amalkan pengambilan sup ikan haruan. Ikan haruan memang berkhasiat dalam penyembuhan luka.

5) Untuk anda yang bersalin secara pembedahan, seeloknya jangan mengangkat benda-benda berat untuk tempoh masa yang panjang walaupun anda telah habis berpantang. Ini untuk mengelakkan berlakunya kecederaan yang tidak diingini pada bahagian dalaman.

Diharapkan artikel tentang Petua Untuk Ibu Bersalin Cara Pembedahan Yang Wajib Diamalkan bermanfaat untuk ibu-ibu yang bakal atau telah melahirkan anak secara pembedahan atau caesarean. Apa yang penting adalah anda perlu amalkan petua yang anda rasa sesuai dengan diri anda. Anda juga perlu rajin bertanya petua-petua dan tips-tips penjagaan dan proses berpantang untuk yang bersalin secara pembedahan dari mereka yang pernah melaluinya.

Notawanita : Selamat berpantang wahai ibu-ibu

(Visited 180 times, 1 visits today)

Check Also

Sinopsis Drama Syurga Yang Kedua

Sinopsis Drama Syurga Yang Kedua

Sinopsis Drama Syurga Yang Kedua mengisahkan tentang konflik keluarga lakonan Fasha Sandha, Zarul Husin dan …