Tuesday , 12 December 2017
Home » Parenting » Petua Turunkan Suhu Panas Jika Anak Demam

Petua Turunkan Suhu Panas Jika Anak Demam

Apakah Petua Turunkan Suhu Panas Jika Anak Demam pada waktu malam? Ibu bapa pasti risau jika suhu badan anak tiba-tiba panas di sebelah malam. Siang tadi tak demam pun. Apa puncanya?

Demam atau suhu badan yang panas adalah reaksi tubuh untuk melawan jangkitan bakteria atau virus. Hypotahlamus adalah bahagian otak yang bertindak meningkatkan suhu badan sebagai proses melawan jangkitan. Jadi bila suhu badan tiba-tiba meningkat, ini bermakna badan sedang cuba menentang jangkitan virus atau bakteria.

Petua Turunkan Suhu Panas Jika Anak Demam

Jika badan anak anda tiba-tiba panas pada waktu malam dan dia sukar untuk tidur, anda boleh cuba beberapa tips rawat demam panas seperti di bawah ini:

Petua Turunkan Suhu Panas Jika Anak Demam

1) Sukat Suhu Badan – Kebiasaannya suhu badan manusia akan berubah mengikut waktu dan keadaan. Jika anda rasa suhu badan anak anda panas, ambil termometer dan sukat terlebih dahulu. Suhu badan yang normal selalunya antara 36 – 37.4 darjah celcius. Jika lebih tinggi dari itu, kemungkinan anak anda demam.

Demam ringan: 37.5-38.4 darjah celcius
Demam biasa: 38.4 – 39.9 darjah celcius
Demam tinggi: 40-41.4 darjah celcius

Suhu yang lebih tinggi dari 41.5 memang berbahaya dan anda perlu segera bawa anak anda ke hospital yang terdekat.

2) Lap Badan Anak – Kaedah sponging atau lap badan dengan tuala dan air sangat berkesan untuk menurunkan suhu bada. Caranya anda rendamkan tuala ke dalam air suam dan lapkan badan dari kepala sehingga ke kaki. Anda perlu ulangi beberapa kali. Kemudian letakkan tuala kecil yang telah direndam ke atas dahi.

3) Berikan Ubat Demam – Jika anda ada stok ubat demam anak di rumah, anda boleh berikan padanya mengikut dos yang tepat. Pastikan ubat demam belum luput dan masih elok untuk diambil. Jangan sesekali memberikan dos dewasa kepada kanak-kanak.

4) Bekalkan Air Suam Secukupnya – Ketika anak demam, ibu bapa perlu memastikan anak minum air suam yang secukupnya untuk mengelak dehidrasi. Berikan air suam sekerap yang mungkin. Anda juga boleh sediakan makanan yang tinggi kanduangan air seperti bubur dan sup.

5) Pakaikan Pakaian Yang Nipis – Berikan anak anda memakai pakaian yang nipis untuk membolehkan haba keluar dari badan dan membuatkan anak anda berasa lebih selesa untuk berehat ataupun tidur. Pakaian yang tebal akan membuatkan suhu badan lebih meningkat.

Jika suhu badan panas anak anda turut disertai dengan sakit kepala, lesu, cirit birit dan muntah, eloklah anda bawanya segera ke klinik untuk rawatan lebih lanjut.

Semoga info yang terkandung dalam artikel Petua Turunkan Suhu Panas Jika Anak Demam ini memberikan sedikit pengetahuan asas untuk merawat anak anda di rumah sebelum membawanya berjumpa doktor untuk rawatan lanjut.

(Visited 27 times, 1 visits today)

Check Also

Sinopsis Drama Syurga Yang Kedua

Sinopsis Drama Syurga Yang Kedua

Sinopsis Drama Syurga Yang Kedua mengisahkan tentang konflik keluarga lakonan Fasha Sandha, Zarul Husin dan …