Tuesday , 12 December 2017
Home » Kecantikan » Penjagaan Kulit » Petua Rawat Tumit Kaki Pecah

Petua Rawat Tumit Kaki Pecah

Petua Rawat Tumit Kaki Pecah. Anda mengalami masalah tumit kaki pecah? Selain menggunakan krim yang dijual di pasaran, anda juga boleh mencuba beberapa petua merawat tumit kaki pecah menggunakan bahan semulajadi.

Petua Rawat Tumit Kaki Pecah

Cara Merawat Tumit Kaki Pecah.

1) Lumur tumit kaki dengan sedikit asam jawa. Gosokkan perlahan kemudian rendamkan kaki anda dalam besen yang berisi air suam dan garam bukit. Amalkan secara kerap sehingga masalah tumit kaki pecah berjaya dirawat.

2) Ambil beberapa butir nasi dan lenyekkan kemudian tampal pada bahagian tumit yang merekah. Amalkan setiap hari.

3) Ambil sebiji bawang merah dan perahkan jusnya. Sapu jus tersebut ke bahagian tumit yang merekah. Amalkan sekali sehari sehingga tumit kaki kembali licin.

4) Gosokkan buah belimbing buluh pada bahagian tumit kaki anda. Biarkan seketika kemudian gosok menggunakan kain untuk menyingkirkan sel kulit mati.

5) Ambil sehelai daun sirih dan dicampurkan air. Ramas daun sirih untuk mendapatkan jusnya. Sapukan pada tumit kaki anda yang merekah setiap dua kali sehari.

6) Ambil satu besen berisi air. Masukkan beberapa keping asam gelugur dan sedikit cuka. Kemudian rendamkan kaki anda untuk beberapa minit. Amalkan secara kerap untuk melihat hasilnya.

Ini antara 6 Petua Rawat Tumit Kaki Pecah yang boleh anda cuba di rumah. Bahan-bahannya mudah didapati dan hasilnya juga memuaskan. Apa yang penting adalah anda amalkan petua-petua tersebut secara konsisten.

 

(Visited 722 times, 1 visits today)

Check Also

Sinopsis Drama Syurga Yang Kedua

Sinopsis Drama Syurga Yang Kedua

Sinopsis Drama Syurga Yang Kedua mengisahkan tentang konflik keluarga lakonan Fasha Sandha, Zarul Husin dan …