Tuesday , 20 February 2018
Home » Kesihatan » Petua Mudah Rawat Gout Guna Bahan Semulajadi

Petua Mudah Rawat Gout Guna Bahan Semulajadi

Ini dia Petua Mudah Rawat Gout dengan menggunakan 3 jenis bahan semulajadi yang mudah didapati. Penyakit Gout kerap menyerang golongan lelaki. Jadi jika suami, ayah atau saudara mara lelaki anda diserang sakit Gout, bolehlah syorkan kepada mereka untuk mencuba petua ini.

Kebiasaannya pesakit Gout terpaksa bergantung ubat untuk mengurangkan sakit. Banyak juga makanan yang perlu dipantang agar sakit Gout ini tidak makin teruk. Tak salah untuk mencuba alternatif lain untuk mengurangkan rasa sakit. Petua di bawah ini mungkin boleh membantu.

Petua Mudah Rawat Gout

Petua Mudah Rawat Gout Guna Bahan Semulajadi

Bahan-bahan
1 biji timun
3 hirisan lemon (dibuang biji)
2 batang saderi
sedikit halia

Cara penyediaan
1) Masukkan ke dalam pengisar dan tambah sedikit air. Kisar kesemua bahan-bahan tadi
2) Keluarkan dari pengisar dan tapis untuk mengasingkan jus dari hampas.
3) Amalkan minum jus ini dua kali sehari. Segelas selepas bangun tidur dan segelas lagi sebelum tidur.

Jus ini membantu menyingkirkan asid uric yang menjadi punca sakit Gout. Jus ini juga boleh diamalkan untuk anda yang mengalami sakit sendi untuk mengurangkan rasa sakit.

Antara khasiat yang terkandung dalam 4 bahan utama yang digunakan dalam penghasilan jus ini adalah:

Timun : Membantu menghidratkan badan, melancarkan proses pencernaan, menurunkan suhu badan, melawan pelbagai jenis penyakit antaranya kanser, keradangan dan diabetes. Timur juga membantu menyingkirkan asid uric yang menjadi punca kepada sakit gout

Saderi : Selain membantu proses pencernaan, saderi juga dapat melawan kolestrol jahat dan menstabilkan tekanan darah. Ia juga elok untuk penglihatan dan mengalkalikan badan.

Jus Lemon : Meningkatkan sistem imunisasi, membantu penghadaman dan elok untuk kulit.

Halia : Halia bertindak sebagai antibakteria dan dapat membantu mengurangkan keradangan. Selain itu halia juga berkhasiat sebagai agen pembersih tubuh selain melawan pelbagai jenis penyakit.

Gabungan 4 bahan utama ini menghasilkan jus yang mujarab untuk rawat sakit gout dan sakit sendi. Ia juga elok diminum untuk meningkatkan tahap kesihatan jika diamalkan secara konsisten.

Ini sekadar petua tradisional untuk menyingkirkan asid uric dan mengurangkan sakit Gout atau sakit sendi, jika sakit berlarutan segeralah dapatkan nasihat doktor untuk rawatan lanjut.

 

(Visited 52 times, 1 visits today)

Check Also

Masalah Rambut Berminyak

Cara Atasi Masalah Rambut Berminyak

Masalah Rambut Berminyak menjadi punca utama kegatalan dan kelemumur pada kulit kepala. Lebihan minyak yang …