Friday , 20 October 2017
Home » Petua Hari Ini » Petua Mudah Hilangkan Rasa Pahit Peria

Petua Mudah Hilangkan Rasa Pahit Peria

PETUA MUDAH HILANGKAN RASA PAHIT PERIA. Apakah cara untuk menghilangkan rasa pahit peria? Peria adalah sejenis sayur yang sangat berkhasiat terutamanya untuk merawat penyakit darah tinggi. Namun ramai yang kurang menggemari sayur hijau ini kerana rasanya yang sangat pahit.

Sebenarnya ada satu petua mudah untuk hilangkan rasa pahit pada peria. Anda hanya perlu gunakan garam. Caranya potong peria dan rendam dalam semangkuk air yang telah dicampur garam halus. Pastikan keseluruhan peria direndam dalam air garam untuk kira-kira setengah jam. Kemudian keluarkan dari air garam dan toskan peria.

Petua Mudah Hilangkan Rasa Pahit Peria

Selepas itu bolehlah anda masak peria mengikut resepi pilihan anda. Ataupun boleh cuba resepi peria yang Notawanita kongsikan di bawah ini

Resepi Peria Goreng Garing Dengan Kunyit

Bahan-bahan
Peria (dihiris halus)
Serbuk Kunyit
Garam
Minyak (untuk menggoreng)

Cara Menyediakan Peria Goreng Dengan Kunyit

1) Gaulkan peria yang telah dihiris halus dengan serbuk kunyit dan garam secukup rasa. Untuk mendapatkan peria goreng yang garing ala-ala keropok, pastikan peria yang telah dihiris halus dikeringkan. Tak perlu nak jemur peria tengah panas, cukup sekadar lap dengan kertas tisu (paper towel)

2) Panaskan minyak dan goreng peria sehingga garing. Pastikan api gas tidak terlalu besar.

Selamat Mencuba.

(Visited 35 times, 1 visits today)

Check Also

Resepi Karipap Yang Rangup Dan Sedap

Resepi Karipap Yang Rangup Dan Sedap

RESEPI KARIPAP YANG RANGUP DAN SEDAP. Nak tahu cara buat kulit karipap yang rangup dan …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *