Home » Petua Hari Ini » Petua Merawat Sakit Disengat Tebuan Atau Lebah

Petua Merawat Sakit Disengat Tebuan Atau Lebah

Petua Merawat Sakit Disengat Tebuan Atau Lebah. Memang sakit bila disengat tebuan atau lebah. Rasa berdenyut-denyut dan bahagian yang disengat akan membengkak. Sengatan tebuan atau lebah sangat berbisa sehingga boleh membawa maut jika diserang oleh satu koloni.

Tebuan atau lebah gemar membina sarang di tempat yang tinggi seperti diatas pokok dan bumbung rumah. Kebiasaannya tebuan atau lebah hanya akan sengat bila rasa diancam atau sarangnya diusik. Jadi perlulah sentiasa berhati-hati bila lalu berdekatan dengan sarangnya. Di bawah ini sis kongsikan beberapa petua lama yang boleh anda cuba jika anda atau ahli keluarga disengat tebuan atau lebah.

Petua Merawat Sakit Disengat Tebuan Atau Lebah

Petua Merawat Sakit Disengat Tebuan Atau Lebah

1) Halia dan Bawang Putih – Ambil seinci halia dan 2 ulas bawang putih. Tumbuk sehingga lumat. Tekapkan pada bahagian yang disengat.

2) Lobak Merah dan Cuka – Ambil sebiji lobak merah dan tumbuk halus atau parut halus sehingga lumat. Campurkan dengan sedikit cuka dan kacau sebati. Sapkan campuran lobak merah itu ke bahagian yang disengat. Ia membantu mengurangkan bisa dan mengelak dari bengkak.

3) Tanah, Air Kelapa dan Garam – Ambil segumpal tanah dan titiskan air kelapa dan garam diatasnya. Sapukan pada bahagian yang disengat. Petua ini dapat meredakan rasa sakit.

Semoga tiga petua ringkas yang sis kongsikan ini membantu anda untuk merawat rasa sakit disengat tebuan atau lebah. Namun jika rasa sakit tidak juga berkurangan anda perlulah ke klinik atau hospital untuk rawatan lanjut.

(Visited 518 times, 1 visits today)

Check Also

Sinopsis Drama Cik Reen Dan Encik Ngok Ngek Di Astro

Sinopsis Drama Cik Reen Dan Encik Ngok Ngek

Sinopsis Drama Cik Reen Dan Encik Ngok Ngek.┬áDrama berjudul Cik Reen Dan Encik Ngok Nek …