Home » Parenting » Bayi » Petua Merawat Bayi Demam Panas

Petua Merawat Bayi Demam Panas

Petua Merawat Bayi Demam Panas. Bayi demam panas, hal ini pasti merisaukan ibu bapa lebih-lebih lagi jika bayi tersebut masih berusia di bawah enam bulan. Apa yang perlu ibu bapa lakukan?

Langkah yang paling utama sekali adalah membawa bayi anda berjumpa doktor untuk pemeriksaan. Biarpun demam bukan sejenis penyakit, kebiasaannya ia adalah tanda badan sedang aktif melawan serangan virus ataupun bakteria. Jika bayi anda mempunyai suhu antara 38 darjah celsius ke atas, segeralah membawanya ke klinik atau hospital berdekatan.

Ada beberapa punya yang menyebabkan bayi demam panas, antaranya selsema, sakit tekak, jangkitan pada telinga atau salur kencing ataupun serangan virus seperti ruam, penyakit tangan, kaki dan mulut dan sebagainya.

Petua Merawat Bayi Demam Panas

Selain suhu yang panas, tanda-tanda lain yang menunjukkan bayi anda demam adalah kulit menjadi pucat, kurang aktif, menangis kerana rasa tidak selesa, sukar bernafas, hilang selera, bibir kering, bengkak badan dan sawan.

Petua Merawat Bayi Demam Panas

1) Jika bayi anda masih berusia dia bawah 6 bulan, pastikan bayi anda kekal terhidrat dengan memberikan susu ibu sekerap yang mungkin. Susu ibu dapat membekalkan nutrisi yang lengkap untuk membekalkan antibodi supaya dapat melawan jangkitan. Manakala sekiranya bayi berusia lebih dari enam bulan, anda bolehlah memberikannya minum air putuh dan makanan berair seperti bubur atau sup supaya tidak berlaku dehidrasi.

2) Pakaikan pakaian yang nipis dan longgar dari fabrik kapas agar bayi rasa lebih selesa. Jangan menyelimutkan atau memberikan pakaian yang tebal kepada bayi yang sedang demam panas kerana ia akan menyebabkan haba terperangkap dan suhu badan akan lebih tinggi.

3) Basahkan tuala atau span dengan air suap dan lapkan badan anak anda untuk menurunkan suhu badan. Anda juga boleh letakkan tuala yang basah di atas kepala anak anda untuk mengawal suhu dan mengelak dari terjadinya sawan tarik akibat suhu badan terlalu panas.

Ingat ye, bayi yang sedang demam perlu sentiasa dipantau, sebolehnya jangan biarkan suhu badan naik terlalu tinggi. Semoga artikel tentang Petua Merawat Bayi Demam Panas ini memberi sedikit informasi yang bermanfaat untuk anda merawat bayi anda yang sedang demam.

(Visited 372 times, 1 visits today)

Check Also

Sinopsis Drama Cik Reen Dan Encik Ngok Ngek Di Astro

Sinopsis Drama Cik Reen Dan Encik Ngok Ngek

Sinopsis Drama Cik Reen Dan Encik Ngok Ngek.┬áDrama berjudul Cik Reen Dan Encik Ngok Nek …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *