Friday , 20 October 2017
Home » Petua Hari Ini » Petua Merawat Batuk Tanpa Ubat

Petua Merawat Batuk Tanpa Ubat

Petua Merawat Batuk Tanpa Ubat. Batuk sering membuatkan kita tak lena tidur. Fokus pada kerja pun tentu terjejas. Untuk anda yang sukakan rawatan secara tradisional yang menggunakan bahan-bahan semulajadi, apa kata anda cuba petua di bawah ini.

Petua Merawat Batuk Tanpa Ubat

Petua Merawat Batuk Tanpa Ubat

1) Jus Limau Nipis – Campurkan perahan jus limau nipis dengan sesudu madu asli. Amalkan setiap pagi. Petua ini dapat juga mengurangkan dan mencairkan kahak.

2) Madu Asli – Anda juga boleh amalkan minum madu asli yang dicampurkan ke dalam segelas air suam. Kacau dan minum perlahan-lahan. Amalkan tiga kali sehari. Petua ini mujarab juga untuk melegakan sakit atau rasa kering di bahagian tekak.

3) Daun Pegaga РTumbuk segenggam daun pegaga hingga lumat kemudian perahkan jusnya. Pastikan jusnya pekat. Tambahkan sedikit gula.  Seleoknya diembunkan dulu sebelum diminum. Amalkan dalam dua tiga kali seminggu.

4) Air Asam Jawa РKadang kala batuk susah nak pulih sebab dalam badan kita panas. Jadi anda boleh amalkan minum air asam jawa. Amalkan sehari sekali sehingga batuk pulih. Air asam jawa juga mujarab untuk melegakan sakit tekak dan menyejukkan badan.

5) Teh O Lemon / Limau – Salah satu lagi petua yang boleh anda cuba adalah minum air teh o lemon atau limau dua kali sehari untuk menggurangkan rasa tidak selesa di bahagian tekak akibat kerapkali batuk. Lebih mujarab jika anda tambahkan sedikit madu ke dalamnya.

Semoga petua-petua ini membantu anda untuk menghilangkan batuk. Pastikan anda minum air suam secukupnya. Namun jika batuk masih berterusan eloklah anda jumpa doktor untuk mendapatkan rawatan.

(Visited 506 times, 1 visits today)

Check Also

Resepi Karipap Yang Rangup Dan Sedap

Resepi Karipap Yang Rangup Dan Sedap

RESEPI KARIPAP YANG RANGUP DAN SEDAP. Nak tahu cara buat kulit karipap yang rangup dan …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *