Wednesday , 13 December 2017
Home » Kecantikan » Petua Merahkan Bibir Secara Semulajadi

Petua Merahkan Bibir Secara Semulajadi

Petua Merahkan Bibir Secara Semulajadi. Setiap wanita pasti mengimpikan untuk memiliki bibir yang nampak sihat dan merah secara semulajadi. Sampaikan ada segelintir wanita yang sanggup menghabiskan duit untuk melakukan rawatan bibir.

Penggunaan gincu yang tidak sesuai dengan kulit bibir, merokok, perubahan cuaca, kekurangan air atau dehidrasi merupakan antara penyebab bibir seseorang nampak pucat dan kering. Selain itu ramai juga yang berdepan masalah warna bibir agak kehitaman. Ada kajian yang menunjukkan bahawa pengambilan minuman berkafein dan masalah kesihatan juga boleh menjadi penyebab bibir seseorang berubah warna kehitaman.

Petua Merahkan Bibir Secara Semulajadi

Jika anda mempunyai masalah warna bibir yang nampak kusam dan tidak menarik, apa kata anda cuba petua mencantikan warna bibir yang Nota Wanita kongsikan di bawah ini. Ia menggunakan bahan-bahan semulajadi yang mudah didapati dan selamat untuk hampir semua jenis kulit bibir.

Petua Merahkan Bibir Secara Semulajadi

1. Madu
Seperti sudah diketahui, penggunaan madu mempunyai khasiatnya yang tersendiri untuk kulit. Untuk memulihkan warna bibir anda, apa yang perlu anda lakukan adalah: Sapukan sedikit madu ke bibir anda setiap kali sebelum anda tidur. Pastikan madu yang digunakan adalah madu asli dan bukan madu tiruan. Amalkan petua ini setiap hari untuk melihat hasilnya. Khasiat daripada madu juga dapat memastikan bibir anda sentiasa kelihatan lembab.
2. Air Putih/ Air Suam
Antara punca bibir nampak kering dan kusam adalah akibat kekurangan pengambilan air. Jadi untuk mendapatkan bibir yang sihat dan menarik, anda perlu minum sekurang-kurangnya 8 gelas air sehari. Lebihkan pengambilan air ketika cuaca panas dan bila anda berpeluh dengan lebih banyak. Elakkan minuman berkafein seperti kopi kerana kekerapan mengambil minuman berkafein akan membuatkan warna bibir menjadi agak kegelapan.
3. Ubat Gigi
Satu petua yang memang mudah diamalkan untuk mendapatkan warna bibir yang menarik adalah dengan menggunakan ubat gigi. Setiap kali anda gosok gigi, sapukan sedikit ubat gigi secara rata di permukaan bibir. Biarkan kering seketika, kemudian cuci dengan air yang bersih.

Jangan lupa juga, baca TIPS MEMILIKI BIBIR YANG SIHAT DAN TIDAK KERING dan amalkannya untuk mendapatkan bibir yang sihat dan kemerahan.

(Visited 4,658 times, 1 visits today)

Check Also

Sinopsis Drama Syurga Yang Kedua

Sinopsis Drama Syurga Yang Kedua

Sinopsis Drama Syurga Yang Kedua mengisahkan tentang konflik keluarga lakonan Fasha Sandha, Zarul Husin dan …