Home » Petua Hari Ini » Petua Menghilangkan Bau Hanyir Ikan

Petua Menghilangkan Bau Hanyir Ikan

Petua Menghilangkan Bau Hanyir Ikan. Bau hanyir ikan pasti akan menjejaskan resepi masakan anda. Sekadar membasuh ikan dengan air sahaja adakalanya tidak mencukupi. Ada beberapa petua yang boleh anda cuba untuk memastikan ikan yang dimasak tidak berbau hanyir.

Petua Menghilangkan Bau Hanyir Ikan

Petua Menghilangkan Bau Hanyir Ikan

1)Rendam ikan seketika dalam air asam jawa. Kemudian barulah basuh dengan air yang bersih.

2) Ambil sebiji limau dan belah dua kemudian gosokkan pada permukaan ikan sebelum dibasuh dengan air yang bersih.

3) Ambil beberapa helai daun serai dan ramaskan pada ikan. Biarkan seketika kemudian barulah dibasuh seperti biasa.

4) Basuh ikan dengan air cucian beras. Anda juga boleh biarkan seketika ikan direndam dalam air cucian beras sebelum dibasuh dengan air biasa.

5) Cuci ikan dengan tepung untuk membuang hanyir juga antara salah satu petua yang diamalkan orang dulu-dulu.

6) Selepas disiang, ambil sedikit garam dan ramaskan pada ikan. Kemudian barulah di cuci bersih.

Semoga petua-petua tentang cara untuk menghilangkan bau hanyir pada ikan ini membantu anda memasak resepi-resepi ikan yang lebih sedap.

 

(Visited 403 times, 1 visits today)

Check Also

Sinopsis Drama Cik Reen Dan Encik Ngok Ngek Di Astro

Sinopsis Drama Cik Reen Dan Encik Ngok Ngek

Sinopsis Drama Cik Reen Dan Encik Ngok Ngek.┬áDrama berjudul Cik Reen Dan Encik Ngok Nek …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *