Friday , 22 September 2017
Home » Kecantikan » Petua Mencantikkan Kuku Menggunakan Bahan Semulajadi

Petua Mencantikkan Kuku Menggunakan Bahan Semulajadi

Petua Mencantikkan Kuku Menggunakan Bahan Semulajadi. Anda pasti ingin memiliki kuku yang cantik kan. Kajian menunjukkan kesihatan tubuh badan seseorang boleh dinilai hanya dengan melihat pada kuku individu tersebut. Kuku yang bersih dan sihat menunjukkan bahawa kesihatan juga berada pada tahap yang baik.

Aspek kebersihan dan kecantikkan kuku tidak boleh dipandang remeh. Kuku yang panjang dan kotor pasti akan menjejaskan penampilan dan mengurangkan keyakinan diri.

Petua Mencantikkan Kuku Menggunakan Bahan Semulajadi

Dalam artikel ini Notawanita akan kongsikan beberapa petua mencantikkan kuku yang anda boleh lakukan di rumah sahaja menggunakan bahan-bahan semulajadi.

Petua Mencantikkan Kuku Menggunakan Bahan Semulajadi

1) Limau Nipis – Ambil sebiji limau nipis dan belah kepada dua bahagian. Gosokkan di atas kuku dan biarkan sehingga kering. Selepas itu anda hanya perlu bilas dengan air yang bersih. Amalkan sekurang-kurangnya sekali seminggu untuk memiliki kuku yang cantik dan bersih.

2) Lemon – Untuk anda yang mengalami masalah kuku kekuningan, anda hanya perlu gunakan beberapa hiris lemon. Gosok pada bahagian kuku dan biarkan seketika. Selepas itu cuci tangan dengan air yang bersih. Kandungan vitamin C dalam lemon bukan sahaja akan mengilatkan kuku tetapi juga membantu menyihatkan kuku. Amalkan sekali seminggu.

3) Bawang Putih – Ambil beberapa ulas bawang putih dan kupas kulitnya. Selepas itu tumbuk bawang putih sehingga lumat. Gosokkan ke atas kuku anda. Biarkan untuk kira-kira 10 minit selepas itu cuci bersih. Khasiat yang terdapat dalam bawang putih membantu menguatkan kuku. Petua ini sesuai diamalkan oleh individu yang mempunyai masalah kuku mudah rapuh.

4) Kulit Tembikai – Mungkin petua ini ramai yang tidak tahu, kulit tembikai juga dapat membantu membuatkan kuku cantik dan berkilat. Caranya hanya gosokkan bahagian dalam kulit tembikai ke atas kuku. Biarkan sehingga kering. Akhir sekali cuci bersih.

5) Belimbing Buluh – Untuk anda yang memiliki kuku yang kering dan kusam cuba amalkan petua ini. Ambil buah belimbing buluh dan gosokkan ke atas kuku. Kemudian ambil satu bekas air suam dan tambahkan sedikit garam di dalamnya. Rendamkan kuku anda di dalam air tersebut untuk seketika. Selepas itu lap tangan anda sapu minyak zaitun ke atas kuku.

Mudah sahaja untuk amalkan Petua Mencantikkan Kuku Menggunakan Bahan Semulajadi. Jadi jangan lupa mencuba ye.

 

 

(Visited 407 times, 1 visits today)

Check Also

Cara Mengatasi Masalah Keputihan Yang Dialami Wanita

Cara Mengatasi Masalah Keputihan Yang Dialami Wanita

Apakah Cara Mengatasi Masalah Keputihan Yang Dialami Wanita? Ramai wanita yang keliru tentang masalah keputihan. …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *