Tuesday , 12 December 2017
Home » Petua Hari Ini » Petua Membersihkan Dan Mengilatkan Cermin

Petua Membersihkan Dan Mengilatkan Cermin

Petua Membersihkan Dan Mengilatkan Cermin. Tidak kira cermin solek di bilik ataupun cermin tingkap dan pintu, semuanya perlu dibersih dan dikilatkan.

Kata orang kaum wanita dan cermin solek memang tidak dapat dipisahkan. Kalau bukan sebab nak betulkan tudung, mungkin sebab nak ‘touch up’ makeup yang dah mula cair. Betul tak?┬áDi sekeliling rumah pun ada cermin tingkap. Cermin yang ni memang mudah kotor dan berhabuk.

Petua Membersihkan Dan Mengilatkan Cermin

Jika anda jenis yang suka menggunakan petua-petua tradisional dan tidak berapa gemar menggunakan cecair pembersih cermin yang dijual dipasaran, apa kata anda cuba salah satu petua di bawah ini untuk membersih dan mengilatkan cermin di rumah anda.

Petua Membersihkan Dan Mengilatkan Cermin

1)Ambil sehelai kertas suratkhabar dan basahkan. Gunakan kertas yang basah itu untuk mengelap cermin. Jika ada kesan degil pada cermin, tambahkan sedikit bedak sejuk pada kertas suratkhabar yang basah itu.

2) Isikan bekas penyembur dengan air dan sedikit cuka. Sembur pada cermin kemudian lap dengan menggunakan kain yang jenis tidak berbulu. Nak guna kertas pun boleh.

Selamat mencuba.

(Visited 2,572 times, 13 visits today)

Check Also

Sinopsis Drama Syurga Yang Kedua

Sinopsis Drama Syurga Yang Kedua

Sinopsis Drama Syurga Yang Kedua mengisahkan tentang konflik keluarga lakonan Fasha Sandha, Zarul Husin dan …