Tuesday , 20 February 2018
Home » Petua Hari Ini » Petua Melembutkan Daging Supaya Cepat Masak

Petua Melembutkan Daging Supaya Cepat Masak

Anda nak petua melembutkan daging supaya cepat masak dan empuk. Daging perlu lembut jika anda nak masak untuk kanak-kanak mahupun warga emas. Daging yang liat memang susah nak hadam. Kadang-kadang masak berjam-jam pun daging masih liat.

Nak masak daging kena betul caranya. Kalau tersalah cara, memang daging tu susah nak lembut atau empuk. Masak terlalu lama pun tak boleh, sebab nanti daging akan jadi kering dan keras. Menu yang dimasak pun akan menjadi tidak sedap.

Petua Melembutkan Daging Supaya Cepat Masak

3 Petua Melembutkan Daging Supaya Cepat Masak

1) Ketuk Daging – Gunakan pengetuk daging atau meat tenderizer untuk mengetuk daging secara perlahan. Langkah ini akan melembutkan otot-otot daging yang agak keras. Tapi jangan ketuk banyak sangat, sebab nanti daging akan mudah hancur bila masak.

2) Perap Daging – Perap daging terlebih dahulu sebelum memasak antaranya daging boleh diperap dengan jus limau, jus lemon, yogurt dan sebagainya. Perapan akan membantu melembutkan otot-otot daging selain itu ia juga melembakan daging dan membuatkan masakan anda bertambah sedap.

3) Teknik Memasak Daging – Terpulang kepada jenis daging yang dibeli, jika betul teknik memasaknya maka hasilnya juga daging akan lebih lembut atau empuk. Jika anda membeli bahagian daging yang lembut contohnya batang pinang bolehlah anda panggang secara BBQ atau dibuat stir fry. Sebaliknya jika anda beli bahagian daging yang keras, ia lebih sesuai direbus dengan air atau dijadikan sup.

Baca Juga : Petua Lembutkan Daging Ayam Kampung Dengan Cepat

Daging yang segar selalunya akan masak lebih cepat berbanding daging yang telah lama disejukbeku atau frozen. Jadi anda perlu bijak membeli bahagian daging mengikut hidangan yang bakal anda masak.

(Visited 52 times, 1 visits today)

Check Also

Masalah Rambut Berminyak

Cara Atasi Masalah Rambut Berminyak

Masalah Rambut Berminyak menjadi punca utama kegatalan dan kelemumur pada kulit kepala. Lebihan minyak yang …