Friday , 20 October 2017
Home » Jom Masuk Dapur » Petua Lembutkan Daging Ayam Kampung Dengan Cepat

Petua Lembutkan Daging Ayam Kampung Dengan Cepat

Mencari Petua Lembutkan Daging Ayam Kampung Dengan Cepat dan mudah. Ayam kampung memang sedap kalau dimasak rendang ataupun gulai. Tetapi kerana daging ayam kampung yang liat membuatkannya kurang digemari. Lebih-lebih lagi bagi mereka yang memakai gigi palsu atau ada masalah gigi atau gusi sensitif, memang azablah bila makan ayam kampung.

Untuk melembutkan daging ayam kampung, ada yang sanggup masak gulai berjam-jam. Bukan ayam kampung itu menjadi sedikit empuk tetapi rasa manis ayam kampung terus hilang membuatkan rasa gulai menjadi tidak sedap.

Petua Lembutkan Daging Ayam Kampung Dengan Cepat

Susahnya nak masak ayam kampung, tak ada ke cara untuk lembutkan ayam kampung dengan cepat? Siapa kata tak ada, Notawanita kongsikan tiga PETUA LEMBUTKAN DAGING AYAM KAMPUNG DENGAN CEPAT dan mudah.

1) Ambil sedikit halia dan tumbuk. Kemudian campurkan dengan sedikit garam. Perapkan ayam kampung yang ingin dimasak dengan campuran halia dan garam tersebut. Tak perlu perap lama sangat, setengah jam pun dah cukup. Selepas itu bilas dengan air dan masak seperti biasa.

2) Rendam ayam kampung ke dalam jus nenas untuk beberapa minit. Jangan rendam terlalu lama, sebab nanti daging ayam kampung akan mudah berkecai dan mudah hancur bila masak.

3) Untuk mendapatkan ayam kampung yang rasanya manis dan daging cepat empuk, anda perlu masak dulu ayam kampung dengan air kelapa. Rebuskan sehingga ayam lembut selepas itu toskan airnya. Setelah itu bolehlah dimasak gulai ayam kampung kegemaran anda.

Selepas ini kalau teringin nak masak ayam kampung, cubalah salah satu Petua Lembutkan Daging Ayam Kampung yang Notawanita kongsikan ini. Jangan lupa juga untuk mencuba koleksi resepi-resepi sedap dari Dapur Notawanita.

Selamat Memasak.

(Visited 78 times, 4 visits today)

Check Also

Petua Elak Minyak Memercik Sewaktu Menggoreng

Petua Elak Minyak Memercik Sewaktu Menggoreng

PETUA ELAK MINYAK MEMERCIK SEWAKTU MENGGORENG. Bukan mudah untuk menggoreng makanan yang basah tanpa elak …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *